Monday, 31 December 2012

Maafkan aku sahabat


Umairah Maisara masih lagi menatap telefon bimbitnya. Sistem pesanan ringkas yang dihantar oleh teman 
karibnya iaitu Fatin Nabila benar-benar membuatnya terkelu.

Wan Zarith Haikal ajak aku couple dengan dia. J Aku nak kena cakap apa?

Umairah Maisara atau lebih mesra dipanggil Maira dikalangan teman rapat dan ahli keluarga berteman rapat dengan Fatin ketika mereka masing-masing mengambil diploma di universiti swasta. Selepas kedua-duanya tamat pengajian diploma, mereka mengambil peluang menyambung ijazah disebuah universiti tempatan bersama-sama. Kini Maira dan Fatin bekerja disebuah syarikat milik arwah papa Fatin.

“Aku nak kena jawab apa ni?” monolog Maira. Nasib baik kini mereka sedang bercuti, kalau tidak apa yang perlu Maira jawabkan.

Beberapa kali Fatin cuba menghubungi sahabatnya itu tapi talian masih tidak diangkat. Akhirnya dia mengalah. Setelah lima tahun berkawan dengan Maira, Fatin faham benar dengan perangai kawannya yang seorang itu. Telefon bimbitnya diletak merata sahaja. Kadang-kadang ada juga terselit geram dalam diri Fatin tapi perangai Maira yang satu itu tidak pernah berubah. Macam mana kalau ada kecemasan. Tidakkah Maira akan menjadi orang terakhir yang mengetahui berita tersebut.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umairah Maisara adalah gadis yang tidak pernah kenal erti cinta. Bukan dia tidak mempunyai peminat tetapi dia saja yang jual mahal. Jawapannya hanya satu, dirinya masih belum bersedia memberi sebarang komitmen kepada sebuah perhubungan. Lantaran itu keluarganya adalah orang terpenting dalam hidupnya. Ayahnya merupakan hero, kekasih, ayah dan sahabat manakala ibunya pula merupakan sahabat baik bagi dirinya.

Berlainan pula dengan Fatin Nabila, ketika disekolah dulu pernah menjalin hubungan cinta dengan Wan Zarith Haikal kemudian putus dan menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka rawang yang bernama Ahmad Munir.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fatin Nabila terasa ingin pergi ke rumah Maira yang hanya mengambil masa 30 minit dari rumahnya tetapi 
apabila dia memikirkan jam sudah menginjak pukul 1 pagi, keinginannya itu terbantut.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, Fatin sampai awal ke pejabat. Selama bekerja hampir 2 tahun ini tidak pernah Fatin datang awal ke pejabat memandangkan syarikat ini milik arwah papanya tapi berlainan bagi hari ini kerana dia mahu segera berjumpa dengan Maira. Mahu meminta pendapat walaupun dia telah menerima pelawaan Zarith untuk menjadi teman wanita lelaki itu.

“Maira ada kak?” tanya Fatin kepada setiausaha Maira.

Pertanyaan Fatin dijawab dengan anggukan dan sebuah senyuman. Fatin mengetuk lantas membuka pintu bilik Maira. Maira sedikit terkejut tapi cepat-cepat disembunyikan rasa terkejutnya itu agar Fatin tidak dapat melihat kecelaruan hatinya saat ini.

"Awalnya kau datang?” tanya Maira. Sedikit tersentak apabila dia melihat jam dindingnya baru menginjak jam 9 pagi. Selalu Fatin ni datang pukul 10, al maklumlah ini syarikat bapak dia punya. Siapa nak marah dia datang lambat pun.

“Apsal kau tak jawab mesej dengan call aku?” pertanyaan Maira dijawab dengan pertanyaan.

“Aku tak ada kredit malam tadi lepas tu pagi tadi aku lupa nak call balik. Aku nak cepat tadi sebab pukul 11 
karang ada meeting.” Jawab Maira menipu.

“Apsal kau tak whatsapp aku je?” tanyanya lagi seakan tidak berpuas hati dengan jawapan Maira.

“Kebetulan BIS aku pun mati. Kenapa kau ni? Tanya aku macam polis pencen je.” Kata Maira.

“Aku nak cakap pasal……apa aku mesej kau semalam tu la.” Kata Fatin pula dengan malu-malu.

“Pasal kau dengan Zarith?”

Pertanyaan Maira hanya di jawab dengan anggukan oleh Fatin.

“Kau dah jawab ke?”

“Dah. I said I do.”

“Dah tu? Yang kau nak tanya pendapat aku lagi buat apa?”

“Tak ada lah. Kaukan best friends aku. Selalu ada bila senang atau susah. Aku nak lah juga tanya pendapat kau.”

“Kalau aku kata aku tak suka?” ugut Maira.

“Umairah Maisara!!” jerit Fatin sedikit lantang.

Maira lantas bangun dan menarik fatin kedalam pelukannya. Air matanya menitis. Mungkin air mata kegembiraan bagi Fatin tapi air mata ini air mata kesedihan bagi Maira. Lelaki pertama yang dikasihi dan dicintainya kini milik sahabat karibnya Fatin Nabila. Hatinya terluka tapi dia mahu melihat Fatin bahagia.

“Kau gembira?” Tanya Fatin bodoh.

“Haha. Aku happy untuk kau. Semoga kau bahagia dengan Zarith sampai ke jinjang pelamin.”

“Amin. Terima kasih Maira.”

Jam kini menginjak jam 10.15 minit pagi. Dia harus siap-siap untuk bertemu pelanggan. Hatinya masih gundah tapi semua ini harus ditolak tepi. Pada dia kerja lebih penting, Wan Zarith Haikal akan cuba dia lupuskan dari ingatanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari demi hari Wan Zarith Haikal kian hilang dari ingatan Maira. Kesibukan kerja dan statusnya yang kini tunangan orang membuat Maira lupa tentang lelaki itu dalam hidupnya. Fatin kini juga semakin jauh dari Maira. Maira sibuk bekerja dan Fatin sibuk bercinta. Maira ikhlas. Mungkin ini takdir hidupnya. Kehilangan kawan dan cinta dalam diamnya sekaligus. Moga mereka bahagia.

Maira memegang erat surat ditangannya. Kali ini  dia nekad. Biarlah seribu halangan datang menghalang. Dia mengetuk bilik Fatin perlahan. Apabila Maira mendengar arahan masuk dari Fatin, dia menguak pintu itu perlahan.

“Umairah Maisara.” Panggilnya perlahan. Tiba-tiba dia kekok dengan sahabatnya itu.

“Sibuk ke?” tanya Maira apabila dia melihat di atas meja Fatin bertimbun fail yang perlu disemak.

“Nope.” Jawab Fatin sepatah.

“Lama aku tak jumpa kau.” Kata Maira cuba memberi permulaan.

“Aku sibuk sikit kebelakangan ni.” Kata Fatin cuba memberi alasan.

“Sibuk dengan Zarith?” serkap Maira.

Pertanyaan Maira dibiar tergantung. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk menjawab sejak dia mengetahui bahawa selama ini Maira juga mempunyai perasaan terhadap Zarith, kekasihnya. Tetapi dia tidak peduli kerana Zarith miliknya kini dan selamanya.

“Kenapa kau nak jumpa aku?” tanya maira cuba mengalih topik.

“Aku nak bagi surat ni.”

Fatin mengambil surat yang diberi Maira. Tangannya mengiggil saat membaca tulisan diatas sampul surat tersebut.

“Surat perletakan jawatan? Hoho. Apa ni Maira?”

“Aku nak berhenti.” Jawab Maira selamba.

“Tapi kenapa?”

Satu lagi sampul diserahkan pada Fatin. Fatin mengambil. Terbuntang matanya apabila dia menerima ‘sepucuk’ kad perkahwinan dari Maira. Perkahwinan Maira dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Apa semua ni?”

“Pilihan keluarga Fatin. Aku dah bertunang 3 bulan lepas. Dan lagi 2 bulan aku akan berkahwin dan aku akan ikut dia berhijrah ke Bahrain. Dia seorang engineer minyak dekat sana. Aku minta berhenti sekarang sebab aku nak uruskan perkahwinan dan penghijrahan aku kesana.”

“Tapi kau tak cintakan dia. Kenapa kau nak kahwin dengan dia?”

“Cinta bukan bererti memiliki, Fatin. Cinta perlukan pengorbanan. Mungkin dah ditetapkan dia jodoh aku 
dan aku tak berupaya menolak. Insya Allah aku akan bahagia dengan dia, suami aku.”

“Kenapa kau tak pernah bagitahu aku?”

“Aku tak berupaya nak memaksa kau mendengar cerita aku, Fatin. Frankly speaking, sejak kau couple dengan Zarith, hubungan kita hambar. Kau semakin jauh. Mesej dan call aku tak pernah diangkat. Aku kecewa dengan kau. Bukan aku nak mengungkit tapi selama ni kau susah bersama aku tapi bila kau senag kau lupa aku. Kau biarkan aku terkapai-kapai mencari arah hidup aku. Gelak tawa kita selama ni semua hilang. Hilang sekali dengan bayangan kau Fatin.”

“Aku minta maaf maira.” Fatin sebak. Sebak mendengar luahan hati Maira.

“Bukan kata maaf yang aku minta dari kau. Aku tahu kau larikan diri dari aku sebab kau tahu aku sukakan Zarith kan?”

“Aku…”

“Itu dulu Fatin. Semuanya hanya kisah silam aku. Sejak kau bercinta dengan Zarith aku buang perasaan tu jauh-jauh untuk kebahagian kau tapi nampaknya Zarith lagi penting dalam hidup kau. Tak apalah, aku maafkan semua salah kau dan aku harap kau ampunkan segala dosa aku dan halalkan makan minum aku selama ni. Aku minta diri dulu.” Akhir Maira pabila dia rasa tidak betah duduk dibilik Fatin lagi.

“Kau bahagia?” tanya fatin.

Maira berpaling.

“Aku bahagia sekarang dan insya Allah aku akan bahagia selamanya.”
Air mata Fatin mengalir laju. Dia tamak. Tamak mengejar cinta seorang lelaki sehingga tegar memutuskan persahabatan yang lahir dengan keikhlasan. Kali ini dia tak berupaya menghalang, menghalang maira jauh dan semakin jauh dari hidupnya.



Empat tahun sudah perkara itu berlaku. Maira kini bahagia disisi suaminya, Mohd Khalid dan anak lelaki mereka Mohd Uwais Khalis yang kini berusia dua tahun. Selama empat tahun ini dia tidak pernah berhubung dengan Fatin. Sahabatnya itu seolah-olah hilang. Malaysia, aku kembali.“Teringat apa lagi sayang? Kita dah sampai Malaysia pun.” Kata Khalid dan mengucup pipi maira.

“Teringat Bahrain.” Usik Maira.

“Jangan nak mengada-ngada ya. Dekat sana bising nak balik Malaysia.” Protes Khalid.

“Saya gurau je.”

“Nanti kita pergi jumpa Fatin Nabila.”

Maira ternganga.

“Buat apa?”

“Buktikan dekat dia yang sayang bahagia sekarang.”

Maira hanya menggeleng. Ada sahaja idea nakal suaminya itu untuk mengusiknya.


Fatin tersenyum dari jauh melihat pasangan bahagia itu saling mengusik. Maira, aku nampak kau bahagia. Malah semakin bahagia. Bahagia dari aku.

“Assalamualaikum.” Sapa fatin.

“Walaikumussalam. Fatin!!” jawab Maira lantas menarik sahabatnya itu kedalam pelukan.

“Aku rindu kau.” Kata Maira lagi.

“Sayang, dah-dah lah tu. Kita sambung nanti. Malu dekat orang.” Usik Khalid apabila dia melihat seolah-
olah isterinya seakan tidak mahu melepaskan Fatin yang semakin lemas dalam pelukan isteri kesayangannya tu.

“Ala dengki. Oh lupa nak kenalkan, Mohd Khalid, my husband. Abang, ni Fatin Nabila.”
Fatin menghulurkan tangan berjabat. Khalid tidak menyambut tapi menunduk sedikit. Fatin malu sendiri. Ilmu islamnya masih cetek.

“Tak ada Khalid versus Maira junior ke?” Tanya Fatin.

“Haha. Bengong. Mohd Uwais Khalis nama dia. Ada kat rumah mak aku. Leceh nak bawak. Nakal macam papa dia ni.” Kata maira sambil mencubit tangan Khalid.

“Mana Zarith? Kenapa kau tak bawak dia sekali.”

“Dia dah tak ada Maira. Dia dah pergi tinggalkan aku. Tinggalkan kita semua.”

“Apa maksud kau?”

“Dia meninggal kerana kemalangan jalan raya dua tahun dulu. Dia meninggal dekat hospital selepas 3 hari koma. Dia sukakan kau Maira, dia cintakan kau.”

“Apa kau merepek ni Fatin? Tak baik cakap benda tak elok. Dia dah tak ada.”

“Ya Maira. 3 hari dia koma, hanya nama kau yang disebut. Mula-mula aku tak faham tapi lama-lama aku faham bila hampir setiap hari nama kau yang disebut dengan air mata yang sentiasa menitis. Aku yang jadi batu penghalang hubungan kau orang. Aku pentingkan diri sendiri, aku tamak.” Akhiri Fatin lantas pergi meninggalkan Maira dan Khalid yang kebingungan.

________________________________________________________________________________

Fatin kini berada di tanah suci Mekah. Menunaikan umrah seorang diri. Air mata Fatin menitis lagi benarlah kata Umairah Maisara, cinta bukan bererti memiliki. Cinta perlukan pengorbanan. Maira berkorban demi persahabatan mereka dan Zarith berkorban demi cintanya terhadap Maira.

Hubungan Fatin dengan Maira kini semakin baik malah Maira dan Khalid yang memberi cadangan ntuk Fatin mengerjakan umrah. Doa di tanah suci lebih baik. Fatin tidak akan melupakan siapa Umairah Maisara dan Wan Zarith Haikal dalam hidupnya. Maafkan aku cinta, maafkan aku sahabat.




Alhamdulilah siap juga cerpen ni. Cerpen ketiga yang saya publishkan. Benar cinta itu bukan ertinya memiliki tapi sebenarnya lebih dari itu. Perlukan kepercayaan, kesetiaan, kejujuran dan macam-macam lagi. Miss Na tahu, perempuan yang dekat luar sana kalau dah bercinta harapnya biarlah sampai kejinjang pelamin. Biarlah susah sekarang  janji tidak susah masa depan. Kalau dahh sekarang tak reti hargai cinta sampai bila-bila pun tetap sama. Percayalah. Peganglah kata-kata ni


Kalau memang cinta yang jahat pasti berubah baik, yang busuk pasti berubah wangi, dan yang buruk pasti menjadi cantik. Kentut pon bau wangi kalau dah cinta ni.


Thursday, 27 December 2012

A.C.E.H 12


Bab 12

Memang benar telahanku, notaku berada didalam kelas tadi. Kerana Qalis aku kelam kabut dan kerana dia aku tertinggal nota ni. Tiba-tiba ingatanku melayang terhadap lelaki yang bernama Raja Imran Qalis Raja Azmi. Apakah yang telah berlaku? Kenapa dia kelihatan tergesa-gesa. Aku harus cari jawapan. Aku melangkah ke kereta. Selalu malam-malam macam ni tak ramai yang ada kelas. Kalau ada mungkin pelajar pengajian jarak jauh (PJJ) atau kelas ganti.

Sedang aku berjalan, aku seperti melihat kelibat Qalis berlari ke studio tarian bersama pak cik sekuriti. Aku tekad mencari tahu sebabnya dan mengekori langkah mereka berdua.

“Cepat pakcik. Tolong buka pintu ini.” Gesa Qalis apabila

Apabila pintu dapat dibuka, Qalis terus meluru masuk.

“Putri!!” jerit Qalis kuat dan apabila dia melihat wanita itu, Qalis memeluknya erat. Memeluk? Aku terkejut bukan kepalang. Siapa wanita itu?

“I minta maaf. I betul-betul tak tahu nak telefon siapa Qalis.”

“You tak sakit kan?” tanya Qalis dan melepaskan pelukan.

“Hmmm.” Jawab wanita itu dan mengangguk.

“Patutnya kamu buka lampunya dong. Saya nggak tahu kamu di dalam.” Kata pak cik sekuriti itu dalam slang Indonesia.

“Saya minta maaf pak cik. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati.”

“Jom balik.” Ajak Qalis.

Aku masih mengekori mereka. Setiap perbualan aku dengar dengan jelas.

“Thank you.”

“No matter what happens next time, call me. I will run over immediately.”

Wanita itu hanya mengangguk “Be careful on your way home.”

Wanita yang bernama Putri itu terus mengerakkan kenderaannya. Qalis menuju ke keretanya dan dia tersenyum. Qalis tersenyum? Tidak pernah aku melihat dia tersenyum penuh ikhlas sebegitu. Siapa sebenarnya wanita itu? Adakah dia yang bertakhta dalam hati Qalis selama ini? Segala persoalan itu hanya tergantung kerana aku sendiri gagal mencari jawapannya.

Esok seperti biasa aku ke kolej. Sudah sebulan rutinku masih sama. Sebelum aku ke kolej aku akan singgah di kedai starbucks untuk membeli Qalis air kopi. Hari ini juga seperti itu.

“You Nurin Tihani kan?”

“Ya. Kenapa?”

“Ada seseorang nak jumpa you dekat padang ragbi.”

“Siapa?”

Tanpa sempat menjawab persoalanku, orang itu terus berjalan pergi. Siapa ye? Qalis kot. Tiba sahaja aku di padang ragbi, tiada siapa disitu. Orang ni nak main-mainkan aku ke? Ish gerammmmnya.

“Adik!!” laung seseorang dari tempat duduk penonton.

Tanpa harus memusingkan kepala 360 darjah, aku sudah tahu siapa orangnya. Dalam hidup ku ada seorang sahaja manusia yang memanggilku adik iaitu Abang Wafi. Anak kawan baik mamanya ketika di London dulu. Dia terus berlari mendapatkan aku dibawah padang.

“Miss me yeh?”

“Kenapa tak bagitau nak balik? Benci la macam ni.”

“Mama Azwani yang suruh abang buat surprise and Atuk pun.” Katanya.

“Ala jangan nak merajuk. Jom abang belanja makan. Nak?”

“Wah sayangnya dekat abang kita ni.”

“Sayang la sangat.” Katanya dan cuba meyerabutkan tudungku yang berada dikepala. Itu memang kerjanya.

“Abang ni. Penat la adik nak betulkan. Perangai macam budak-budak.” Protesku kerana sikapnya yang ini.

“Whatever. By hook or by crook I want to rent you for spent time with me this weekend.”

“Whatever.” Ajukku sambil membuat aksi tangan dibahu dan mata di atas. Ni semua abang yang ajar. 

Jangan nak salahkan Hani okay. Seorang adik perlu mengikut teladan abangnya.

Masa hujung minggu ini aku habiskan bersama abang Wafi. Seluruh kuala lumpur kami pusing. Aku menjadi pemandu pelancong dirinya tapi yang memandu adalah abang Wafi dan aku hanya mengarah dia membelok keretanya ke sini ke sana. Biarkan dia rasa penat. Siapa suruh nak berjalan-jalan waktu hujung minggu. Memang sesak lah.

Kami makan bersama, menonton wayang bersama, membeli-belah bersama, pokoknya apa yang kami lakukan adalah berdua, dah macam pasangan merpati dua sejoli. Aku memang rapat dengan abang Wafi kerana ketika di London dulu kerana aku hanya mempunyai abng Wafi untuk meluahkan segala isi hatiku. Kebetulan abang Wafi juga merupakan anak tunggal.

Abang wafi merupakan anak tunggal Ibu Sunti iaitu seorang wanita Indonesia yang telah lama menetap di London sejak kematian suaminya 15 tahun lalu iaitu ketika abang wafi berusia 9 tahun. 

Friday, 7 December 2012

Kasih berubah


“Aku terima nikahnya Siti Saleha binti Ahmad Tajuddin dengan mas kahwinnya 3000 ringgit tunai.”

Selepas akad nikah itu dilafazkan oleh seorang lelaki bernama Faris Danial bin Mustafa, Saleha sah menjadi isterinya. Air mata Saleha menitis selepas dia melepaskan akad nikah tersebut. Bukan air mata gembira tetapi air mata kecewa. Saat ini dia benar-benar tersepit.

Benar Saleha dan Faris pernah bercinta lima tahun lalu, sebelum Faris ke luar Negara untuk melanjutkan pelajaran. Sebelum pergi segalanya Faris telah janjikan. Mereka juga sudah ditunangkan sebelum keberangkatan faris ke London.

Selepas lima tahun, lelaki yang dicintai Saleha itu bukan lagi Faris Danial yang pernah dicintainya. Lelaki itu sudah berubah 110%. Betapa kecewanya hati Saleha saat dia melihat tunangnya berpegangan tangan malahan sempat berkucup ditempat awam dengan seorang wanita inggeris yang jauh lebih cantik darinya.

3 bulan lalu.                                                                                                       

Saleha berjalan beriringan dengan teman karibnya Noni dan Hayat di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall. Hari ini hujung minggu bagi dirinya tapi bukan bagi tunangnya. Saleha perasan perangai Faris lain sejak setahun lalu tetapi dia tidak pernah bertanya pada Faris atau bercerita pada orang lain tentang itu. Saleha yakin itu semua adalah mainan perasaannya sahaja.

“Aku nak masuk kedai tu.” Kata Noni sambil menunjukkan kearah kedai tersebut. Dia telah pun berjalan masuk dan meninggalkan Saleha dan Hayat.

Sedang Saleha sibuk melihat baju-baju dikedai tersebut, tiba-tiba Saleha melihat kelibat seseorang yang amat Saleha kenali, ya, tunangnya Faris Danial bersama seorang wanita inggeris sedang bermesraan didalam bilik persalinan yang pintunya terbuka. Faris sedang membetulkan baju yang dicuba oleh wanita inggeris tersebut. Saleha ingin melangkah untuk menanyakan apa yang sebenarnya terjadi antara mereka, apakah hubungan antara mereka tetapi wajah Faris dan wajah wanita itu semakin dekat dan…..mereka berkucupan dan… Saleha

Hayat menarik tangannya.

“Tutup mata kau.”

Saleha tidak mempedulikan Hayat. Dalam otaknya hanya satu iaitu bertubi-tubi soalan untuk Faris Danial. Saleha ingin berpaling buat kali kedua dan Hayat terus menarik Saleha kedalam dakapannya.

“Tolong Saleha. Kali ini je kau dengar cakap aku.” Kata hayat lembut.

Selepas beberapa saat Hayat melepaskan dakapannya selepas dia yakin Faris dan wanita itu sudah pergi dari kedai tersebut.

“Aku nak balik.” Kata Saleha lemah.

Saleha terus jalan tanpa menoleh dan meminta pamit dari Noni. Sekali lagi Hayat menarik tanganku. Nasib baik berlapik kalau tidak sudah berapa banyak dosa telah Saleha lakukan hari ini.

“Kau tunggu sini, aku pergi bagi kunci dekat Noni.” Pesannya tapi Saleha tidak mengangguk mahupun menggeleng. Jiwanya benar-benar kosong. Siapakah wanita tersebut dalam hidup Faris?

Setelah selesai meminta pamit dari Noni, hayat kembali pada Saleha. Hatinya pedih melihat wanita yang dihadapannya itu seperti kosong. Siti Saleha binti Ahmad Tajuddin adalah wanita yang dicintai dalam diam sejak dibangku sekolah lagi tetapi Saleha tidak melihat cintanya dan seterusnya memilih Faris Danial sebagai teman hidup.

“Jangan nangis. I beg you.” Pujuk Hayat.

Saleha mengangguk tanda faham tetapi terus air matanya merembas keluar. Segala yang Saleha simpankan beberapa minit lalu akhirnya terluah jua.

Lama Saleha menangis dan hayat tetap menemani dirinya. Dia hanya melihat Saleha menangis dan sesekali memberi kata-kata semangat. Saleha nekad segalanya perlu dirungkai. Saleha harus bertemu empat mata dengan tunangnya.

Selepas Hayat menghantar Saleha pulang, Saleha terus menerobos masuk kedalam bilik. Saleha mandi dan solat. Diatas sejadah Saleha berdoa dan meminta petunjuk darinya. Setelah selesai solat, Saleha mencapai telefon dan mendail nombor telefon Faris. Saleha perlu berhadapan dengannya.

“Hello.” Jawab seseorang disana. Suara seorang perempuan. Apakah mungkin wanita inggeris itu kerana disini Faris duduk dirumah sewanya.

“Hello. Who is there?” Sekali lagi dia memberi salam.

“Hello, assalamualaikum. May I talk to Faris Danial please?”

“Oh sure. Wait for a second.” Katanya dihujung talian.

“Baby!! Someone is calling.” Jeritnya disana.

Saleha terasa mahu rebah saat itu jua. Sudahlah Saleha menelefonnya wanita itu yang mengangkat sudah itu dia memanggil tunangnya dengan panggilan manja. Ya Allah, tabahkanlah aku menerima semua ini.

“Hello.”

“Assalamualaikum Faris.”

“Wa..waa..waalaikumussalam.” jawabnya sedikit gagap. Mungkin dia merasa rahsia besar yang disimpan rapi selama ini telah terbongkar.

“Maaf kalau saya ganggu. Just straight to the point. Saya nak jumpa awak esok boleh?”

“Esok? Tapi saya…”

Sebelum sempat dia menjawab soalan Saleha mencelah “Just a few minutes. I think we need to talk about us. Saya janji ianya tak lama.”

“Okay. Usual place at 5pm.”

“Okay and please keep your promise. Thank you. Assalamualaikum.”

Faris danial melihat telefon bimbitnya. Sah rahsianya kini telah terbongkar tapi apa mahu buat dirinya sudah tidak mencintai Siti Saleha tapi kini mencintai isterinya Christina atau nama islamnya Hayati. Lima tahun di London telah melenyapkan perasaannya terhadap Siti Saleha.

Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan Faris dan Saleha bertemu di taman Tasik Titiwangsa. Faris melangkah perlahan apabila dari kejauhan dia dapat melihat tunangnya itu. Bila dia semakin hampIr, dia semakin takut. Malam tadi setelah puas dia memikirkan jalan akhirnya dia bertemu dengan jalan penamat.

“Sorry kalau saya lambat. Ada apa awak nak jumpa saya?” tanyanya berani tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa dia takut berhadapan dengan tunangnya itu.

“Takkan lah seorang wanita ingin berjumpa dengan bakal suaminya kena membuat temu janji?” peril Saleha pedas.

“Cut it. Just straight to the point.” Kata Faris kerana dia yakin apabila dia menjawab ia akan menjadi perbincangan yang lama. Dia tidak betah duduk disitu.

“Saya nampak awak semalam dekat Mid Valley dengan seorang wanita inggeris dan ketika saya telefon awak semalam, saya yakin dia yang angkat telefon tu. Saya nak tahu siapa dia dalam hidup awak.”

“Christina or her islam name is Hayati. She is my wife.” Jawabnya tenang.

Aku memejam mataku erat. Dia isteri kepada bakal suamiku. Satu ayat yang boleh membuat aku rebah.

“I’m married 1 year ago at London, no one know about that and I know you’ll disappointed.”

“We need a break.” Kataku laju. Faris memandang kearah Saleha. Faris sudah mengagak ini akan berlaku dan kerana ingin memikirkan jalan penamat dia tidak tidur semalaman.

“Saya mengaku saya dah tak cintakan awak tapi saya nak bagi awak pilihan. Kahwin dengan saya dan tak ada siapa akan tahu pasal benda ni atau awak cakap dekat semua orang yang awak nak putuskan pertunangan kerana awak ada masalah. Saya tak nak Christina berkait dalam hal kita ni. Awak buatlah pilihan. Saya tak kisah apa sahaja keputusan awak asalkan Christina tidak terbabit.” Selepas selesai berkata-kata dia terus pergi. Dan semenjak itu aku tidak pernah lagi bertemu dengannya sehinggalah hari ini. 
Hari pernikahan kami berdua.

Betapa saat itu Saleha seorang diri tersepit dengan keluarganya, keluarga mertuanya dan juga Christina. Setelah di tambah, tolak, darab dan bahagi, akhirnya Saleha menemu kata putus, perkahwinan ini harus  berjalan walaupun Saleha tahu ianya tidak lama.

6 bulan kemudian

Sudah enam bulan Saleha dinikahi Faris Danial tapi kewujudannya dirumah tersebut seperti tidak diendahkan. Tahulah kini, Saleha bukan lagi wanita yang bertakhta dihati Faris. Hatinya kini dimiliki sepenuhnya oleh Christina. Dalam tiga bulan ini sering juga Saleha dibuli, dipukul dan ditampar oleh Christina atas alasan dia tidak berpuas hati dengan Saleha.

Saleha sendiri tidak faham kerana serasanya Faris melayan  Saleha bagai samapah malahan Faris pernah menamparnya beberapa kali walaupun Saleha kini hamil. Ketika mendapat tahu dirinya mengandung, berita itu dia sampaikan dengan gembira kepada Faris tetapi disambut dingin oleh lelaki itu dan dia tidak mahu mengaku kepada Christina bahawa ini adalah anak benihnya. Betapa kecewanya Saleha. Saleha tekad selepas dia selesai bersalin, dia ingin meminta cerai dari Faris dan ingin membesarkan anak ini seorang diri. Biarlah dia mendidik anaknya dari Saleha mengharapkan Faris yang tidak mahu mengaku ini anaknya.

“I saw you with that guy at the hotel that evening. Are you trying to hide from me again?” jerit Faris lantang.

Pergaduhan sering tercetus antara mereka sejak dua menjak ini kerana Faris mengesyaki bahwa Christina menyimpan lelaki lain dibelakangnya.

“No. He is my friend. Only friend.”.

“Friend? Kata Faris sambil buat-buat ketawa. “Can a friend hug and kiss you in public. You have to 
remember, you are not Christian but Islam. You’re Hayati.”

“Frankly speaking Faris, I was fed up with Islam and Malaysia. What I do will wrong. I want to go back to London and be a Christian again.”

“Astarfiruallah al azim. Mengucap Hayati, mengucap.”

Beberapa ketika kemudian…..

“With word Bismillah, Nurul Hayati Christina binti Abdullah, I divorce you.” Setelah selesai melepaskan talak tersebut, Faris terus mengambil kunci keretanya dan keluar dari rumah. Dirinya kini benar-benar kusut. Adakah ini balasan atas semua dosa yang telah dilakukan pada Saleha dulu.

Sudah seminggu kejadian itu berlaku, sejak kejadian tersebut Faris telah mengambil keputusan bercuti di pulau redang bagi menenangkan hatinya. Pada siti saleha dia meminta izin untuk merehatkan diri. Wanita itu hanya mengangguk ketika dia meminta pamit. Dia tidak tahu berapa usia kandungan Saleha sehinggalah dia mendapat telefon dari abangnya yang Saleha kini sudah bersalin di kampung. Dia juga dikhabarkan bahawa rahsia perkahwinannya dengan Christina telah terbongkar.

Faris melangkah laju ke wad bersalin Hospital Besar Ipoh, Perak. Ayahnya memandang dirinya dengan muka kekecewaan dan bangun menghampiri Faris dan menampar anak keduanya itu.

“Anak kurang ajar. Tak sedar diuntung.” Lafaz Haji Mustafa dengan lantang.

“Sabar bang. Kita boleh selesaikan benda ni baik-baik.” Kata Ahmad Tajuddin iaitu bapa Saleha.

“Kamu pergilah jenguk dan azan serta iqamadkan anak kamu.”

“Masihkah kamu tahu bagaimana mahu beriqamad dan azan?” tanya Haji Mustafa memerli anaknya. Dirinya benar-benar malu pada keluarga besannya itu. Dulu ketika hendak bertunang, keluarganya beria-ia mahu mencepatkan walaupun Haji Tajuddin meminta agar hubungan tersebut diertikan selepas Faris pulang dari London.

Faris Danial berjalan ke dalam wad bersalin isterinya. Di melihat wanita itu sedang tidur, mungkin dirinya penat. Faris berjalan mendapatkan anaknya yang berada dipangkuan ibunya.

“Yang ini lelaki. Kamu azankan dia.”

Setelah mengazankan anaknya, Faris mencium dahi anak lelakinya itu. Ibunya mengambil semula anaknya itu sebelum sempat faris melihat dengan teliti. Kemudian ibu mertuanya pula menyerahkan seorang lagi bayi…dia terpinga-pinga.

“Yang ini perempuan. Kamu iqamadkan.”

“Kembar ke?” tanya Faris dengan masih terpinga-pinga.

“Nauzubillah. Betapa kejinya kamu Faris Danial, isteri kamu mengandung pun kamu tidak tahu apa-apa. Malunya aku ada anak macam kau.”

Setelah selesai segala urusan, setelah banyak kali dia dihentam oleh ibubapanya, dia kini berada disisi Siti Saleha. Isterinya yang setia bersamanya. Semua salahnya. Menurut doktor tadi, keadaan Saleha begitu lemah kerana kepenatan memandu dari Kuala Lumpur ke ipoh seorang diri dalam keadaan sarat.  Saat itu barulah dia sedar bahawa dirinya tidak layak dipanggil suami.  

“Faris.” Panggil Saleha lemah.

“Ya sayang. Kenapa? Badan awak lemah lagi ni.”

“Saya nak jumpa anak-anak saya.” Pinta Saleha.

‘Anak-anak saya’ betapa pedihnya hati Faris ketika mendengar ayat tersebut tetapi dia yakin bahawa Saleha tidak memaksudkan kata-kata tersebut.

“Anak-anak kita sihat. Dua-dua comel macam kita. Nanti saya panggilkan nurse hantarkan mereka.”

Beberapa ketika suasana dibilik itu sunyi. Faris masih melayan perasan bersalahnya dan Saleha memikirkan bagaimana cara untuk membicarakan jalan penyelesaian bagi hubungan mereka.

Pintu diketuk dan kemudian dikuak oleh jururawat yang membawa kedua-dua anak mereka. Faris 
mengambil anak perempuan mereka dan diberikan kepada Saleha. Kemudian dia mengambil anak lelaki mereka dan didukungnya.

“Faris, ini anak-anak awak. Saya sumpah mereka berdua adalah hasil hubungan kita. Kalau awak masih tak percaya, saya benarkan awak buat ujian DNA.” Kata Saleha dalam kekecewaan. Dia mengeluh dan bicara semula.

“Tapi, walaupun mereka anak-anak awak, selama saya hamil awak tak pernah ambil peduli tentang saya. Berapa kali saya keluar masuk hospital kerana tekanan dan luka-luka dari kekejaman Christina untuk membunuh anak-anak saya. Takdir Allah swt dan ketabahan anak-anak saya mereka dapat lahir kebumi. Jadi saya dah berjanji pada diri saya, yang saya akan jaga kedua-duanya dengan baik seorang diri Faris.”

“Saya tak pernah minta apa-apa pada awak sebelum ni tapi kali ni saja saya mohon pada awak untuk lepaskan saya.”

Faris merasa dunianya gelap. Matanya berpinar. Dia cuba mencari kekuatan.

“Apa yang awak cuba cakapkan ni?”

“Saya yakin awak faham apa yang saya perkatakan. Jujur Faris, saya dah tak tahan dan tak sanggup mengorbankan diri saya untuk kepentingan diri awak. Saya kecewa masa saya melihat dengan mata saya sendiri tunang saya bercium dengan orang lain di tempat awam, kemudian awak lafazkan yang awak sudah tidak cintakan saya, awak tak mengaku mereka anak awak, awak pukul saya dan segala-galanya yang awak buat pada saya, saya tak pernah ambil hati dan saya janji yang saya takkan ajar anak-anak saya benci pada papa diaorang.”

Faris meletakkan anak-anaknya semula kemudian memanggil jururawat untuk mengambil mereka semula. Segalanya harus selesai hari ini dan dia tidak mahu anak-anak yang baru dilahirkan itu mendengar segala-galanya.

“Saleha, dengar sini.” Kata Faris sambil memegang wajah isterinya itu. Segalanya perlu dirungkai. Semuanya bermula dari dirinya yang naïf. Saat saleha mengeluarkan kata-kata ingin meminta dirinya dilepaskan, dunianya seperti berhenti berputar. Tahulah dia kini bahawa kesenyapan Saleha selama ini menyimpan sejuta kekecewaan terhadap dirinya.

Saleha tidak menitiskan air mata walau sedikit. Setahu dirinya, Siti Saleha yang dikenalinya amat mudah mengalirkan air mata walaupun hanya melihat kucing mati ditengah jalan. Tetapi kini dia yakin Siti Saleha itu telah dibunuh dan pembunuhnya adalah dirinya, Faris Danial.

“Saya tahu awak kecewa dengan saya, saya tahu saya salah, saya banyak dosa dengan awak dan dengan semua orang. Tapi saya tak sanggup nak lepaskan awak sebab saya yakin selama ni dalam hati saya cuma ada awak.” Tutur Faris.

“Percayalah pada saya Faris yang awak cuma kesian dengan saya dan awak takut awak akan kehilangan anak-anak saya., tapi saya nak awak tahu walaupun saya benci awak, saya tak dapat nak nafikan mereka anak-anak awak. Saya takkan halang awak jumpa dengan mereka atau sebaliknya. Saya akan pastikan anak-anak saya takkan kurang kasih sayang dari papa mereka.”

“Anak-anak kita sayang. Anak-anak awak dan anak-anak saya. Hasil hubungan cinta kita. Tolonglah jangan hukum saya sampai macam ini sekali. Kenapa perlu ada perpisahan antara kita andai kita berdua mahu mereka merasa kasih sayang yang cukup?”
“Awak tak faham Faris.”

Sebelum sempat Saleha menyambung ayat, bibir Faris kini berkucup di bibirnya. Saleha terasa dunianya berhenti berputar. Lama mereka berkeadaan begitu dan akhirnya air mata Saleha menitis jua. Perasaan lelahnya selama ini seolah-olah terbayar dengan hanya sebuah kucupan yang sentiasa Saleha dambakan.
 Faris kemudian mencium dahinya, turun ke hidung, pipi kiri dan kanan Saleha dan seterusnya sekali lagi dibibirnya buat seketika.

“Awak ajar saya apa yang saya tak tahu dan awak betulkan apa yang saya salah tapi saya sumpah saya tak mampu dan lepaskan awak. Siti Saleha binti Ahmad Tajuddin, sudikah awak menjadi permaisuri hati saya, anak perempuan kepada ibubapa saya, dan mama kepada anak-anak saya?”

Ya allah, betapa Saleha ingin mendengar ayat itu muncul dari mulut Faris. Lima tahun dia mendambakannya dan hari ini Saleha berjaya mendengarnya dan Saleha dapat merasai keikhlasan dalam setiap permintaan suaminya itu. Saleha hanya mampu mengangguk dan kemudian Faris membawa  Saleha kedalam dakapannya.

“Terima kasih sayang. Terima kasih. I really love you. Saya tak janji saya akan dapat buat awak bahagia tapi saya janji saya akan berusaha jadi yang lebih baik untuk kita sekeluarga.”

“I love you too”

Selepas beberapa tahun, kini Siti Saleha Ahmad Tajuddin dan Faris Danial Mustaffa hidup bahagia bersama anak kembar mereka Syafiq Syafikul dan Farah Diana yang berusia 4 tahun serta kandungan Saleha yang kini mencecah usia 4 bulan. Doa Faris dan Saleha biarlah ikatan ini sentiasa harmoni sehinggan keakhir hayat mereka. Amin Ya Rabb 

Sunday, 2 December 2012

A.C.E.H 11


Bab 11

Hari ini betapa bahagianya diriku kerana tiada gangguan dari syaitan my lovely boss. Alhamdulillah. Lega rasa hati. Nak pergi kolej pun aman saja. aku mendengar rakan-rakanku bercerita itu dan ini. Gembira aku melihat mereka. Tiba-tiba telefonku berdering dan siapa lagi yang akan menelefonku kalau bukan…….

“Siapa?” tanya Anis.

Aku hanya diam sambil buat muka seposen.

“My lovely boss. Huhuhu.” kata Farah sambil mengintai telefon yang berada ditanganku,.

“Qalis ke? Jawablah-jawablah.” 

“Malaslah. Dia mesti suruh aku buat benda yang pelik-pelik. Seksa aku.”

“Kalau kau tak nak angkat biar aku yang angkat.” Kata Azzah dan terus merampas telefon dari tanganku.

“Apa? Nak coffee starbucks? Regular cup? Okay nanti I bagitau dia.”

“Dia cakap apa?”

“Nak coffee. Regular cup.”

“Ah lupakan. Malas aku nak layan.”

“Kau tak nak belikan ke? Nanti dia marah.”

“Aku cakap jelah yang aku ada kat kelas. Bijak kan.”

Dan tiba-tiba sekali lagi telefonku berdering dan pemanggilnya adalah orang yang sama. Aku mengeluh dan menekan punat hijau.

“Assalamualaikum. Qalis saya ada dekat kelas lah. Ada pensyarah ni. Nanti saya telefon balik okay.” Kataku perlahan. Seolah-olah aku berada di dalam kelas.

“Oh  kau ada dekat kelas rupanya, tapi kenapa kelas kau tengah jalan?”

Alamak. Dia nampak aku ke? Aku memandang sekeliling dan itu dia. Di atas sana. Di memandang sini sambil bersiul.

“Bring it over 15 minutes. Don’t let the foam disappear.”

15 minit. Nak pergi dekat kereta je dah 10 minit. Memang gila. Kerja gila. Aku berlari anak ke kereta. Kereta ku pandu laju. Nanti bila sampai surat saman, aku suruh dia yang bayarkan.

20 minit kemudian baru aku sampai di tempat tadi. Tapi Qalis tidak kelihatan. Mana lah pulak dia pergi. Aku memandang keliling. Pemandangan disini sungguh cantik dan nyaman.

“Nyamankan?” tegurnya

“Hmmm. Nah air awak.”

“Petang karang aku ada buat persembahan dekat kafe. Aku nak kau pun ada dekat situ.”

“Terima kasih." perliku halus. 

"Kenapa pulak?”tanyaku lagi.

“Thank you for a drink. Aku nak air macam ni setiap pagi. Jangan lupa kau tu kuli aku. So kat mana ada aku, kat situ la kau ada, dan jangan lambat. Aku benci orang lembab.”

Aku termangu. Lepas satu-satu aku kena. Buruk, bodoh dan yang terbaru lembab. Sedih betul hati aku. Dia ni ingat aku tak ada perasaan ke? Kejam bin zalim.

Habis sahaja kelas hari ini aku pergi ke kafe Antartika. Aku seret sekali si Anis. Ketika aku sampai Taufiq sedang membuat persembahan. Suaranya juga merdu. Dia mendedangkan lagu grenade nyanyian asal Bruno mars. Aku melihat Anis begitu teruja melihat Taufiq menyanyi di pentas. Jangan-jangan mereka ni…….

“Nota aku.” Lenyap terus persoalan aku mengenai hubungan Taufiq dan Anis apabila aku teringatkan nota ku. Aku menyelongkar beg tapi masih belum menjumpai nota tersebut.

Aku tepuk dahi. Mesti tertinggal masa aku kelam kabut keluar dari kelas tadi. Aduhai. Malasnya nak balik kolej balik. Nanti mesti dah nak maghrib.

“Kau cari apa?”

“Nota yang aku salin tadi. Tertinggal dekat kelas.”

“Kau nak pergi kolej balik?”

“Aah, sebab esok ada test subjek tu kan? Kau nak ikut?”

“Tak kot. Aku dah janji nak balik dengan Taufiq.”

“Ehem-ehem.”

“Nanti aku cerita dekat kau.” Katanya lalu pergi ke kereta Taufiq. Mereka melambai tangan dan terus beredar.

Aku ke kereta dan melihat Qalis juga sedang ingin menuju ke keretanya. Aku ingin menegur tetapi tiba-tiba telefonnya berdering.

“Hello. Ya I baru habis kerja. Kenapa? You tak sakit kan? I pergi sekarang. Stay there.”

Aku mendengar perbualannya. Nampak orang disana penting dalam hidupnya. Qalis terus menghidupkan enjin dan memecut laju. Kemana, aku sendiri tidak tahu. Kenapa kau nak sibuk-sibuk Hani. Baik kau fikirkan untuk test esok.