Monday, 31 December 2012

Maafkan aku sahabat


Umairah Maisara masih lagi menatap telefon bimbitnya. Sistem pesanan ringkas yang dihantar oleh teman 
karibnya iaitu Fatin Nabila benar-benar membuatnya terkelu.

Wan Zarith Haikal ajak aku couple dengan dia. J Aku nak kena cakap apa?

Umairah Maisara atau lebih mesra dipanggil Maira dikalangan teman rapat dan ahli keluarga berteman rapat dengan Fatin ketika mereka masing-masing mengambil diploma di universiti swasta. Selepas kedua-duanya tamat pengajian diploma, mereka mengambil peluang menyambung ijazah disebuah universiti tempatan bersama-sama. Kini Maira dan Fatin bekerja disebuah syarikat milik arwah papa Fatin.

“Aku nak kena jawab apa ni?” monolog Maira. Nasib baik kini mereka sedang bercuti, kalau tidak apa yang perlu Maira jawabkan.

Beberapa kali Fatin cuba menghubungi sahabatnya itu tapi talian masih tidak diangkat. Akhirnya dia mengalah. Setelah lima tahun berkawan dengan Maira, Fatin faham benar dengan perangai kawannya yang seorang itu. Telefon bimbitnya diletak merata sahaja. Kadang-kadang ada juga terselit geram dalam diri Fatin tapi perangai Maira yang satu itu tidak pernah berubah. Macam mana kalau ada kecemasan. Tidakkah Maira akan menjadi orang terakhir yang mengetahui berita tersebut.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umairah Maisara adalah gadis yang tidak pernah kenal erti cinta. Bukan dia tidak mempunyai peminat tetapi dia saja yang jual mahal. Jawapannya hanya satu, dirinya masih belum bersedia memberi sebarang komitmen kepada sebuah perhubungan. Lantaran itu keluarganya adalah orang terpenting dalam hidupnya. Ayahnya merupakan hero, kekasih, ayah dan sahabat manakala ibunya pula merupakan sahabat baik bagi dirinya.

Berlainan pula dengan Fatin Nabila, ketika disekolah dulu pernah menjalin hubungan cinta dengan Wan Zarith Haikal kemudian putus dan menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka rawang yang bernama Ahmad Munir.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fatin Nabila terasa ingin pergi ke rumah Maira yang hanya mengambil masa 30 minit dari rumahnya tetapi 
apabila dia memikirkan jam sudah menginjak pukul 1 pagi, keinginannya itu terbantut.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, Fatin sampai awal ke pejabat. Selama bekerja hampir 2 tahun ini tidak pernah Fatin datang awal ke pejabat memandangkan syarikat ini milik arwah papanya tapi berlainan bagi hari ini kerana dia mahu segera berjumpa dengan Maira. Mahu meminta pendapat walaupun dia telah menerima pelawaan Zarith untuk menjadi teman wanita lelaki itu.

“Maira ada kak?” tanya Fatin kepada setiausaha Maira.

Pertanyaan Fatin dijawab dengan anggukan dan sebuah senyuman. Fatin mengetuk lantas membuka pintu bilik Maira. Maira sedikit terkejut tapi cepat-cepat disembunyikan rasa terkejutnya itu agar Fatin tidak dapat melihat kecelaruan hatinya saat ini.

"Awalnya kau datang?” tanya Maira. Sedikit tersentak apabila dia melihat jam dindingnya baru menginjak jam 9 pagi. Selalu Fatin ni datang pukul 10, al maklumlah ini syarikat bapak dia punya. Siapa nak marah dia datang lambat pun.

“Apsal kau tak jawab mesej dengan call aku?” pertanyaan Maira dijawab dengan pertanyaan.

“Aku tak ada kredit malam tadi lepas tu pagi tadi aku lupa nak call balik. Aku nak cepat tadi sebab pukul 11 
karang ada meeting.” Jawab Maira menipu.

“Apsal kau tak whatsapp aku je?” tanyanya lagi seakan tidak berpuas hati dengan jawapan Maira.

“Kebetulan BIS aku pun mati. Kenapa kau ni? Tanya aku macam polis pencen je.” Kata Maira.

“Aku nak cakap pasal……apa aku mesej kau semalam tu la.” Kata Fatin pula dengan malu-malu.

“Pasal kau dengan Zarith?”

Pertanyaan Maira hanya di jawab dengan anggukan oleh Fatin.

“Kau dah jawab ke?”

“Dah. I said I do.”

“Dah tu? Yang kau nak tanya pendapat aku lagi buat apa?”

“Tak ada lah. Kaukan best friends aku. Selalu ada bila senang atau susah. Aku nak lah juga tanya pendapat kau.”

“Kalau aku kata aku tak suka?” ugut Maira.

“Umairah Maisara!!” jerit Fatin sedikit lantang.

Maira lantas bangun dan menarik fatin kedalam pelukannya. Air matanya menitis. Mungkin air mata kegembiraan bagi Fatin tapi air mata ini air mata kesedihan bagi Maira. Lelaki pertama yang dikasihi dan dicintainya kini milik sahabat karibnya Fatin Nabila. Hatinya terluka tapi dia mahu melihat Fatin bahagia.

“Kau gembira?” Tanya Fatin bodoh.

“Haha. Aku happy untuk kau. Semoga kau bahagia dengan Zarith sampai ke jinjang pelamin.”

“Amin. Terima kasih Maira.”

Jam kini menginjak jam 10.15 minit pagi. Dia harus siap-siap untuk bertemu pelanggan. Hatinya masih gundah tapi semua ini harus ditolak tepi. Pada dia kerja lebih penting, Wan Zarith Haikal akan cuba dia lupuskan dari ingatanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari demi hari Wan Zarith Haikal kian hilang dari ingatan Maira. Kesibukan kerja dan statusnya yang kini tunangan orang membuat Maira lupa tentang lelaki itu dalam hidupnya. Fatin kini juga semakin jauh dari Maira. Maira sibuk bekerja dan Fatin sibuk bercinta. Maira ikhlas. Mungkin ini takdir hidupnya. Kehilangan kawan dan cinta dalam diamnya sekaligus. Moga mereka bahagia.

Maira memegang erat surat ditangannya. Kali ini  dia nekad. Biarlah seribu halangan datang menghalang. Dia mengetuk bilik Fatin perlahan. Apabila Maira mendengar arahan masuk dari Fatin, dia menguak pintu itu perlahan.

“Umairah Maisara.” Panggilnya perlahan. Tiba-tiba dia kekok dengan sahabatnya itu.

“Sibuk ke?” tanya Maira apabila dia melihat di atas meja Fatin bertimbun fail yang perlu disemak.

“Nope.” Jawab Fatin sepatah.

“Lama aku tak jumpa kau.” Kata Maira cuba memberi permulaan.

“Aku sibuk sikit kebelakangan ni.” Kata Fatin cuba memberi alasan.

“Sibuk dengan Zarith?” serkap Maira.

Pertanyaan Maira dibiar tergantung. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk menjawab sejak dia mengetahui bahawa selama ini Maira juga mempunyai perasaan terhadap Zarith, kekasihnya. Tetapi dia tidak peduli kerana Zarith miliknya kini dan selamanya.

“Kenapa kau nak jumpa aku?” tanya maira cuba mengalih topik.

“Aku nak bagi surat ni.”

Fatin mengambil surat yang diberi Maira. Tangannya mengiggil saat membaca tulisan diatas sampul surat tersebut.

“Surat perletakan jawatan? Hoho. Apa ni Maira?”

“Aku nak berhenti.” Jawab Maira selamba.

“Tapi kenapa?”

Satu lagi sampul diserahkan pada Fatin. Fatin mengambil. Terbuntang matanya apabila dia menerima ‘sepucuk’ kad perkahwinan dari Maira. Perkahwinan Maira dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Apa semua ni?”

“Pilihan keluarga Fatin. Aku dah bertunang 3 bulan lepas. Dan lagi 2 bulan aku akan berkahwin dan aku akan ikut dia berhijrah ke Bahrain. Dia seorang engineer minyak dekat sana. Aku minta berhenti sekarang sebab aku nak uruskan perkahwinan dan penghijrahan aku kesana.”

“Tapi kau tak cintakan dia. Kenapa kau nak kahwin dengan dia?”

“Cinta bukan bererti memiliki, Fatin. Cinta perlukan pengorbanan. Mungkin dah ditetapkan dia jodoh aku 
dan aku tak berupaya menolak. Insya Allah aku akan bahagia dengan dia, suami aku.”

“Kenapa kau tak pernah bagitahu aku?”

“Aku tak berupaya nak memaksa kau mendengar cerita aku, Fatin. Frankly speaking, sejak kau couple dengan Zarith, hubungan kita hambar. Kau semakin jauh. Mesej dan call aku tak pernah diangkat. Aku kecewa dengan kau. Bukan aku nak mengungkit tapi selama ni kau susah bersama aku tapi bila kau senag kau lupa aku. Kau biarkan aku terkapai-kapai mencari arah hidup aku. Gelak tawa kita selama ni semua hilang. Hilang sekali dengan bayangan kau Fatin.”

“Aku minta maaf maira.” Fatin sebak. Sebak mendengar luahan hati Maira.

“Bukan kata maaf yang aku minta dari kau. Aku tahu kau larikan diri dari aku sebab kau tahu aku sukakan Zarith kan?”

“Aku…”

“Itu dulu Fatin. Semuanya hanya kisah silam aku. Sejak kau bercinta dengan Zarith aku buang perasaan tu jauh-jauh untuk kebahagian kau tapi nampaknya Zarith lagi penting dalam hidup kau. Tak apalah, aku maafkan semua salah kau dan aku harap kau ampunkan segala dosa aku dan halalkan makan minum aku selama ni. Aku minta diri dulu.” Akhir Maira pabila dia rasa tidak betah duduk dibilik Fatin lagi.

“Kau bahagia?” tanya fatin.

Maira berpaling.

“Aku bahagia sekarang dan insya Allah aku akan bahagia selamanya.”
Air mata Fatin mengalir laju. Dia tamak. Tamak mengejar cinta seorang lelaki sehingga tegar memutuskan persahabatan yang lahir dengan keikhlasan. Kali ini dia tak berupaya menghalang, menghalang maira jauh dan semakin jauh dari hidupnya.



Empat tahun sudah perkara itu berlaku. Maira kini bahagia disisi suaminya, Mohd Khalid dan anak lelaki mereka Mohd Uwais Khalis yang kini berusia dua tahun. Selama empat tahun ini dia tidak pernah berhubung dengan Fatin. Sahabatnya itu seolah-olah hilang. Malaysia, aku kembali.“Teringat apa lagi sayang? Kita dah sampai Malaysia pun.” Kata Khalid dan mengucup pipi maira.

“Teringat Bahrain.” Usik Maira.

“Jangan nak mengada-ngada ya. Dekat sana bising nak balik Malaysia.” Protes Khalid.

“Saya gurau je.”

“Nanti kita pergi jumpa Fatin Nabila.”

Maira ternganga.

“Buat apa?”

“Buktikan dekat dia yang sayang bahagia sekarang.”

Maira hanya menggeleng. Ada sahaja idea nakal suaminya itu untuk mengusiknya.


Fatin tersenyum dari jauh melihat pasangan bahagia itu saling mengusik. Maira, aku nampak kau bahagia. Malah semakin bahagia. Bahagia dari aku.

“Assalamualaikum.” Sapa fatin.

“Walaikumussalam. Fatin!!” jawab Maira lantas menarik sahabatnya itu kedalam pelukan.

“Aku rindu kau.” Kata Maira lagi.

“Sayang, dah-dah lah tu. Kita sambung nanti. Malu dekat orang.” Usik Khalid apabila dia melihat seolah-
olah isterinya seakan tidak mahu melepaskan Fatin yang semakin lemas dalam pelukan isteri kesayangannya tu.

“Ala dengki. Oh lupa nak kenalkan, Mohd Khalid, my husband. Abang, ni Fatin Nabila.”
Fatin menghulurkan tangan berjabat. Khalid tidak menyambut tapi menunduk sedikit. Fatin malu sendiri. Ilmu islamnya masih cetek.

“Tak ada Khalid versus Maira junior ke?” Tanya Fatin.

“Haha. Bengong. Mohd Uwais Khalis nama dia. Ada kat rumah mak aku. Leceh nak bawak. Nakal macam papa dia ni.” Kata maira sambil mencubit tangan Khalid.

“Mana Zarith? Kenapa kau tak bawak dia sekali.”

“Dia dah tak ada Maira. Dia dah pergi tinggalkan aku. Tinggalkan kita semua.”

“Apa maksud kau?”

“Dia meninggal kerana kemalangan jalan raya dua tahun dulu. Dia meninggal dekat hospital selepas 3 hari koma. Dia sukakan kau Maira, dia cintakan kau.”

“Apa kau merepek ni Fatin? Tak baik cakap benda tak elok. Dia dah tak ada.”

“Ya Maira. 3 hari dia koma, hanya nama kau yang disebut. Mula-mula aku tak faham tapi lama-lama aku faham bila hampir setiap hari nama kau yang disebut dengan air mata yang sentiasa menitis. Aku yang jadi batu penghalang hubungan kau orang. Aku pentingkan diri sendiri, aku tamak.” Akhiri Fatin lantas pergi meninggalkan Maira dan Khalid yang kebingungan.

________________________________________________________________________________

Fatin kini berada di tanah suci Mekah. Menunaikan umrah seorang diri. Air mata Fatin menitis lagi benarlah kata Umairah Maisara, cinta bukan bererti memiliki. Cinta perlukan pengorbanan. Maira berkorban demi persahabatan mereka dan Zarith berkorban demi cintanya terhadap Maira.

Hubungan Fatin dengan Maira kini semakin baik malah Maira dan Khalid yang memberi cadangan ntuk Fatin mengerjakan umrah. Doa di tanah suci lebih baik. Fatin tidak akan melupakan siapa Umairah Maisara dan Wan Zarith Haikal dalam hidupnya. Maafkan aku cinta, maafkan aku sahabat.




Alhamdulilah siap juga cerpen ni. Cerpen ketiga yang saya publishkan. Benar cinta itu bukan ertinya memiliki tapi sebenarnya lebih dari itu. Perlukan kepercayaan, kesetiaan, kejujuran dan macam-macam lagi. Miss Na tahu, perempuan yang dekat luar sana kalau dah bercinta harapnya biarlah sampai kejinjang pelamin. Biarlah susah sekarang  janji tidak susah masa depan. Kalau dahh sekarang tak reti hargai cinta sampai bila-bila pun tetap sama. Percayalah. Peganglah kata-kata ni


Kalau memang cinta yang jahat pasti berubah baik, yang busuk pasti berubah wangi, dan yang buruk pasti menjadi cantik. Kentut pon bau wangi kalau dah cinta ni.


No comments:

Post a Comment