“Aku terima nikahnya Siti Saleha binti Ahmad Tajuddin dengan
mas kahwinnya 3000 ringgit tunai.”
Selepas akad nikah itu dilafazkan oleh seorang lelaki bernama
Faris Danial bin Mustafa, Saleha sah menjadi isterinya. Air mata Saleha menitis
selepas dia melepaskan akad nikah tersebut. Bukan air mata gembira tetapi air
mata kecewa. Saat ini dia benar-benar tersepit.
Benar Saleha dan Faris pernah bercinta lima tahun lalu,
sebelum Faris ke luar Negara untuk melanjutkan pelajaran. Sebelum pergi
segalanya Faris telah janjikan. Mereka juga sudah ditunangkan sebelum
keberangkatan faris ke London.
Selepas lima tahun, lelaki yang dicintai Saleha itu bukan
lagi Faris Danial yang pernah dicintainya. Lelaki itu sudah berubah 110%.
Betapa kecewanya hati Saleha saat dia melihat tunangnya berpegangan tangan malahan
sempat berkucup ditempat awam dengan seorang wanita inggeris yang jauh lebih
cantik darinya.
3 bulan lalu.
Saleha berjalan beriringan dengan teman karibnya Noni dan
Hayat di pusat membeli-belah Mid Valley Megamall. Hari ini hujung minggu bagi
dirinya tapi bukan bagi tunangnya. Saleha perasan perangai Faris lain sejak
setahun lalu tetapi dia tidak pernah bertanya pada Faris atau bercerita pada
orang lain tentang itu. Saleha yakin itu semua adalah mainan perasaannya
sahaja.
“Aku nak masuk kedai tu.” Kata Noni sambil menunjukkan
kearah kedai tersebut. Dia telah pun berjalan masuk dan meninggalkan Saleha dan
Hayat.
Sedang Saleha sibuk melihat baju-baju dikedai tersebut,
tiba-tiba Saleha melihat kelibat seseorang yang amat Saleha kenali, ya,
tunangnya Faris Danial bersama seorang wanita inggeris sedang bermesraan
didalam bilik persalinan yang pintunya terbuka. Faris sedang membetulkan baju
yang dicuba oleh wanita inggeris tersebut. Saleha ingin melangkah untuk
menanyakan apa yang sebenarnya terjadi antara mereka, apakah hubungan antara
mereka tetapi wajah Faris dan wajah wanita itu semakin dekat dan…..mereka
berkucupan dan… Saleha
Hayat menarik tangannya.
“Tutup mata kau.”
Saleha tidak mempedulikan Hayat. Dalam otaknya hanya satu iaitu
bertubi-tubi soalan untuk Faris Danial. Saleha ingin berpaling buat kali kedua
dan Hayat terus menarik Saleha kedalam dakapannya.
“Tolong Saleha. Kali ini je kau dengar cakap aku.” Kata
hayat lembut.
Selepas beberapa saat Hayat melepaskan dakapannya selepas
dia yakin Faris dan wanita itu sudah pergi dari kedai tersebut.
“Aku nak balik.” Kata Saleha lemah.
Saleha terus jalan tanpa menoleh dan meminta pamit dari Noni.
Sekali lagi Hayat menarik tanganku. Nasib baik berlapik kalau tidak sudah
berapa banyak dosa telah Saleha lakukan hari ini.
“Kau tunggu sini, aku pergi bagi kunci dekat Noni.” Pesannya
tapi Saleha tidak mengangguk mahupun menggeleng. Jiwanya benar-benar kosong.
Siapakah wanita tersebut dalam hidup Faris?
Setelah selesai meminta pamit dari Noni, hayat kembali pada Saleha.
Hatinya pedih melihat wanita yang dihadapannya itu seperti kosong. Siti Saleha binti
Ahmad Tajuddin adalah wanita yang dicintai dalam diam sejak dibangku sekolah
lagi tetapi Saleha tidak melihat cintanya dan seterusnya memilih Faris Danial
sebagai teman hidup.
“Jangan nangis. I beg you.” Pujuk Hayat.
Saleha mengangguk tanda faham tetapi terus air matanya
merembas keluar. Segala yang Saleha simpankan beberapa minit lalu akhirnya
terluah jua.
Lama Saleha menangis dan hayat tetap menemani dirinya. Dia
hanya melihat Saleha menangis dan sesekali memberi kata-kata semangat. Saleha
nekad segalanya perlu dirungkai. Saleha harus bertemu empat mata dengan
tunangnya.
Selepas Hayat menghantar Saleha pulang, Saleha terus
menerobos masuk kedalam bilik. Saleha mandi dan solat. Diatas sejadah Saleha
berdoa dan meminta petunjuk darinya. Setelah selesai solat, Saleha mencapai
telefon dan mendail nombor telefon Faris. Saleha perlu berhadapan dengannya.
“Hello.” Jawab seseorang disana. Suara seorang perempuan.
Apakah mungkin wanita inggeris itu kerana disini Faris duduk dirumah sewanya.
“Hello. Who is there?” Sekali lagi dia memberi salam.
“Hello, assalamualaikum. May I talk to Faris Danial please?”
“Oh sure. Wait for a second.” Katanya dihujung talian.
“Baby!! Someone is calling.” Jeritnya disana.
Saleha terasa mahu rebah saat itu jua. Sudahlah Saleha
menelefonnya wanita itu yang mengangkat sudah itu dia memanggil tunangnya dengan
panggilan manja. Ya Allah, tabahkanlah aku menerima semua ini.
“Hello.”
“Assalamualaikum Faris.”
“Wa..waa..waalaikumussalam.” jawabnya sedikit gagap. Mungkin
dia merasa rahsia besar yang disimpan rapi selama ini telah terbongkar.
“Maaf kalau saya ganggu. Just straight to the point. Saya
nak jumpa awak esok boleh?”
“Esok? Tapi saya…”
Sebelum sempat dia menjawab soalan Saleha mencelah “Just a
few minutes. I think we need to talk about us. Saya janji ianya tak lama.”
“Okay. Usual place at 5pm.”
“Okay and please keep your promise. Thank you.
Assalamualaikum.”
Faris danial melihat telefon bimbitnya. Sah rahsianya kini
telah terbongkar tapi apa mahu buat dirinya sudah tidak mencintai Siti Saleha
tapi kini mencintai isterinya Christina atau nama islamnya Hayati. Lima tahun
di London telah melenyapkan perasaannya terhadap Siti Saleha.
Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan Faris dan Saleha
bertemu di taman Tasik Titiwangsa. Faris melangkah perlahan apabila dari
kejauhan dia dapat melihat tunangnya itu. Bila dia semakin hampIr, dia semakin
takut. Malam tadi setelah puas dia memikirkan jalan akhirnya dia bertemu dengan
jalan penamat.
“Sorry kalau saya lambat. Ada apa awak nak jumpa saya?”
tanyanya berani tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa dia takut
berhadapan dengan tunangnya itu.
“Takkan lah seorang wanita ingin berjumpa dengan bakal
suaminya kena membuat temu janji?” peril Saleha pedas.
“Cut it. Just straight to the point.” Kata Faris kerana dia
yakin apabila dia menjawab ia akan menjadi perbincangan yang lama. Dia tidak
betah duduk disitu.
“Saya nampak awak semalam dekat Mid Valley dengan seorang
wanita inggeris dan ketika saya telefon awak semalam, saya yakin dia yang
angkat telefon tu. Saya nak tahu siapa dia dalam hidup awak.”
“Christina or her islam name is Hayati. She is my wife.”
Jawabnya tenang.
Aku memejam mataku erat. Dia isteri kepada bakal suamiku.
Satu ayat yang boleh membuat aku rebah.
“I’m married 1 year ago at London, no one know about that
and I know you’ll disappointed.”
“We need a break.” Kataku laju. Faris memandang kearah
Saleha. Faris sudah mengagak ini akan berlaku dan kerana ingin memikirkan jalan
penamat dia tidak tidur semalaman.
“Saya mengaku saya dah tak cintakan awak tapi saya nak bagi
awak pilihan. Kahwin dengan saya dan tak ada siapa akan tahu pasal benda ni
atau awak cakap dekat semua orang yang awak nak putuskan pertunangan kerana
awak ada masalah. Saya tak nak Christina berkait dalam hal kita ni. Awak
buatlah pilihan. Saya tak kisah apa sahaja keputusan awak asalkan Christina
tidak terbabit.” Selepas selesai berkata-kata dia terus pergi. Dan semenjak itu
aku tidak pernah lagi bertemu dengannya sehinggalah hari ini.
Hari pernikahan
kami berdua.
Betapa saat itu Saleha seorang diri tersepit dengan
keluarganya, keluarga mertuanya dan juga Christina. Setelah di tambah, tolak,
darab dan bahagi, akhirnya Saleha menemu kata putus, perkahwinan ini harus berjalan walaupun Saleha tahu ianya tidak
lama.
6 bulan kemudian
Sudah enam bulan Saleha dinikahi Faris Danial tapi kewujudannya
dirumah tersebut seperti tidak diendahkan. Tahulah kini, Saleha bukan lagi
wanita yang bertakhta dihati Faris. Hatinya kini dimiliki sepenuhnya oleh
Christina. Dalam tiga bulan ini sering juga Saleha dibuli, dipukul dan ditampar
oleh Christina atas alasan dia tidak berpuas hati dengan Saleha.
Saleha sendiri tidak faham kerana serasanya Faris melayan Saleha bagai samapah malahan Faris pernah
menamparnya beberapa kali walaupun Saleha kini hamil. Ketika mendapat tahu
dirinya mengandung, berita itu dia sampaikan dengan gembira kepada Faris tetapi
disambut dingin oleh lelaki itu dan dia tidak mahu mengaku kepada Christina
bahawa ini adalah anak benihnya. Betapa kecewanya Saleha. Saleha tekad selepas dia
selesai bersalin, dia ingin meminta cerai dari Faris dan ingin membesarkan anak
ini seorang diri. Biarlah dia mendidik anaknya dari Saleha mengharapkan Faris
yang tidak mahu mengaku ini anaknya.
“I saw you with that guy at the hotel that evening. Are you
trying to hide from me again?” jerit Faris lantang.
Pergaduhan sering tercetus antara mereka sejak dua menjak
ini kerana Faris mengesyaki bahwa Christina menyimpan lelaki lain
dibelakangnya.
“No. He is my friend. Only friend.”.
“Friend? Kata Faris sambil buat-buat ketawa. “Can a friend
hug and kiss you in public. You have to
remember, you are not Christian but Islam.
You’re Hayati.”
“Frankly speaking Faris, I was fed up with Islam and
Malaysia. What I do will wrong. I want to go back to London and be a Christian
again.”
“Astarfiruallah al azim. Mengucap Hayati, mengucap.”
Beberapa ketika kemudian…..
“With word Bismillah, Nurul Hayati Christina binti Abdullah,
I divorce you.” Setelah selesai melepaskan talak tersebut, Faris terus
mengambil kunci keretanya dan keluar dari rumah. Dirinya kini benar-benar
kusut. Adakah ini balasan atas semua dosa yang telah dilakukan pada Saleha
dulu.
Sudah seminggu kejadian itu berlaku, sejak kejadian tersebut
Faris telah mengambil keputusan bercuti di pulau redang bagi menenangkan
hatinya. Pada siti saleha dia meminta izin untuk merehatkan diri. Wanita itu
hanya mengangguk ketika dia meminta pamit. Dia tidak tahu berapa usia kandungan
Saleha sehinggalah dia mendapat telefon dari abangnya yang Saleha kini sudah
bersalin di kampung. Dia juga dikhabarkan bahawa rahsia perkahwinannya dengan Christina
telah terbongkar.
Faris melangkah laju ke wad bersalin Hospital Besar Ipoh, Perak.
Ayahnya memandang dirinya dengan muka kekecewaan dan bangun menghampiri Faris
dan menampar anak keduanya itu.
“Anak kurang ajar. Tak sedar diuntung.” Lafaz Haji Mustafa dengan
lantang.
“Sabar bang. Kita boleh selesaikan benda ni baik-baik.” Kata
Ahmad Tajuddin iaitu bapa Saleha.
“Kamu pergilah jenguk dan azan serta iqamadkan anak kamu.”
“Masihkah kamu tahu bagaimana mahu beriqamad dan azan?” tanya
Haji Mustafa memerli anaknya. Dirinya benar-benar malu pada keluarga besannya
itu. Dulu ketika hendak bertunang, keluarganya beria-ia mahu mencepatkan
walaupun Haji Tajuddin meminta agar hubungan tersebut diertikan selepas Faris
pulang dari London.
Faris Danial berjalan ke dalam wad bersalin isterinya. Di
melihat wanita itu sedang tidur, mungkin dirinya penat. Faris berjalan
mendapatkan anaknya yang berada dipangkuan ibunya.
“Yang ini lelaki. Kamu azankan dia.”
Setelah mengazankan anaknya, Faris mencium dahi anak
lelakinya itu. Ibunya mengambil semula anaknya itu sebelum sempat faris melihat
dengan teliti. Kemudian ibu mertuanya pula menyerahkan seorang lagi bayi…dia
terpinga-pinga.
“Yang ini perempuan. Kamu iqamadkan.”
“Kembar ke?” tanya Faris dengan masih terpinga-pinga.
“Nauzubillah. Betapa kejinya kamu Faris Danial, isteri kamu
mengandung pun kamu tidak tahu apa-apa. Malunya aku ada anak macam kau.”
Setelah selesai segala urusan, setelah banyak kali dia
dihentam oleh ibubapanya, dia kini berada disisi Siti Saleha. Isterinya yang
setia bersamanya. Semua salahnya. Menurut doktor tadi, keadaan Saleha begitu
lemah kerana kepenatan memandu dari Kuala Lumpur ke ipoh seorang diri dalam
keadaan sarat. Saat itu barulah dia
sedar bahawa dirinya tidak layak dipanggil suami.
“Faris.” Panggil Saleha lemah.
“Ya sayang. Kenapa? Badan awak lemah lagi ni.”
“Saya nak jumpa anak-anak saya.” Pinta Saleha.
‘Anak-anak saya’ betapa pedihnya hati Faris ketika mendengar
ayat tersebut tetapi dia yakin bahawa Saleha tidak memaksudkan kata-kata
tersebut.
“Anak-anak kita sihat. Dua-dua comel macam kita. Nanti saya
panggilkan nurse hantarkan mereka.”
Beberapa ketika suasana dibilik itu sunyi. Faris masih melayan
perasan bersalahnya dan Saleha memikirkan bagaimana cara untuk membicarakan
jalan penyelesaian bagi hubungan mereka.
Pintu diketuk dan kemudian dikuak oleh jururawat yang
membawa kedua-dua anak mereka. Faris
mengambil anak perempuan mereka dan
diberikan kepada Saleha. Kemudian dia mengambil anak lelaki mereka dan didukungnya.
“Faris, ini anak-anak awak. Saya sumpah mereka berdua adalah
hasil hubungan kita. Kalau awak masih tak percaya, saya benarkan awak buat ujian
DNA.” Kata Saleha dalam kekecewaan. Dia mengeluh dan bicara semula.
“Tapi, walaupun mereka anak-anak awak, selama saya hamil
awak tak pernah ambil peduli tentang saya. Berapa kali saya keluar masuk
hospital kerana tekanan dan luka-luka dari kekejaman Christina untuk membunuh
anak-anak saya. Takdir Allah swt dan ketabahan anak-anak saya mereka dapat
lahir kebumi. Jadi saya dah berjanji pada diri saya, yang saya akan jaga
kedua-duanya dengan baik seorang diri Faris.”
“Saya tak pernah minta apa-apa pada awak sebelum ni tapi
kali ni saja saya mohon pada awak untuk lepaskan saya.”
Faris merasa dunianya gelap. Matanya berpinar. Dia cuba
mencari kekuatan.
“Apa yang awak cuba cakapkan ni?”
“Saya yakin awak faham apa yang saya perkatakan. Jujur Faris,
saya dah tak tahan dan tak sanggup mengorbankan diri saya untuk kepentingan
diri awak. Saya kecewa masa saya melihat dengan mata saya sendiri tunang saya
bercium dengan orang lain di tempat awam, kemudian awak lafazkan yang awak
sudah tidak cintakan saya, awak tak mengaku mereka anak awak, awak pukul saya
dan segala-galanya yang awak buat pada saya, saya tak pernah ambil hati dan
saya janji yang saya takkan ajar anak-anak saya benci pada papa diaorang.”
Faris meletakkan anak-anaknya semula kemudian memanggil
jururawat untuk mengambil mereka semula. Segalanya harus selesai hari ini dan
dia tidak mahu anak-anak yang baru dilahirkan itu mendengar segala-galanya.
“Saleha, dengar sini.” Kata Faris sambil memegang wajah
isterinya itu. Segalanya perlu dirungkai. Semuanya bermula dari dirinya yang
naïf. Saat saleha mengeluarkan kata-kata ingin meminta dirinya dilepaskan,
dunianya seperti berhenti berputar. Tahulah dia kini bahawa kesenyapan Saleha
selama ini menyimpan sejuta kekecewaan terhadap dirinya.
Saleha tidak menitiskan air mata walau sedikit. Setahu
dirinya, Siti Saleha yang dikenalinya amat mudah mengalirkan air mata walaupun hanya
melihat kucing mati ditengah jalan. Tetapi kini dia yakin Siti Saleha itu telah
dibunuh dan pembunuhnya adalah dirinya, Faris Danial.
“Saya tahu awak kecewa dengan saya, saya tahu saya salah,
saya banyak dosa dengan awak dan dengan semua orang. Tapi saya tak sanggup nak
lepaskan awak sebab saya yakin selama ni dalam hati saya cuma ada awak.” Tutur
Faris.
“Percayalah pada saya Faris yang awak cuma kesian dengan
saya dan awak takut awak akan kehilangan anak-anak saya., tapi saya nak awak
tahu walaupun saya benci awak, saya tak dapat nak nafikan mereka anak-anak
awak. Saya takkan halang awak jumpa dengan mereka atau sebaliknya. Saya akan pastikan
anak-anak saya takkan kurang kasih sayang dari papa mereka.”
“Anak-anak kita sayang. Anak-anak awak dan anak-anak saya.
Hasil hubungan cinta kita. Tolonglah jangan hukum saya sampai macam ini sekali.
Kenapa perlu ada perpisahan antara kita andai kita berdua mahu mereka merasa
kasih sayang yang cukup?”
“Awak tak faham Faris.”
Sebelum sempat Saleha
menyambung ayat, bibir Faris kini berkucup di bibirnya. Saleha terasa dunianya berhenti berputar. Lama mereka berkeadaan
begitu dan akhirnya air mata Saleha
menitis jua. Perasaan lelahnya selama ini seolah-olah terbayar dengan hanya
sebuah kucupan yang sentiasa Saleha dambakan.
Faris kemudian
mencium dahinya, turun ke hidung, pipi kiri dan kanan Saleha dan seterusnya sekali lagi dibibirnya buat seketika.
“Awak ajar saya apa yang saya tak tahu dan awak betulkan apa
yang saya salah tapi saya sumpah saya tak mampu dan lepaskan awak. Siti Saleha
binti Ahmad Tajuddin, sudikah awak menjadi permaisuri hati saya, anak perempuan
kepada ibubapa saya, dan mama kepada anak-anak saya?”
Ya allah, betapa Saleha
ingin mendengar ayat itu muncul dari mulut Faris. Lima tahun dia mendambakannya
dan hari ini Saleha berjaya mendengarnya
dan Saleha dapat merasai keikhlasan dalam
setiap permintaan suaminya itu. Saleha
hanya mampu mengangguk dan kemudian Faris membawa Saleha kedalam
dakapannya.
“Terima kasih sayang. Terima kasih. I really love you. Saya
tak janji saya akan dapat buat awak bahagia tapi saya janji saya akan berusaha
jadi yang lebih baik untuk kita sekeluarga.”
“I love you too”
Selepas beberapa tahun, kini Siti Saleha Ahmad Tajuddin dan Faris
Danial Mustaffa hidup bahagia bersama anak kembar mereka Syafiq Syafikul dan Farah
Diana yang berusia 4 tahun serta kandungan Saleha yang kini mencecah usia 4
bulan. Doa Faris dan Saleha biarlah ikatan ini sentiasa harmoni sehinggan
keakhir hayat mereka. Amin Ya Rabb
No comments:
Post a Comment