Bab 11
Hari ini betapa bahagianya diriku kerana tiada gangguan dari syaitan my lovely boss.
Alhamdulillah. Lega rasa hati. Nak pergi kolej pun aman saja. aku mendengar
rakan-rakanku bercerita itu dan ini. Gembira aku melihat mereka. Tiba-tiba
telefonku berdering dan siapa lagi yang akan menelefonku kalau bukan…….
“Siapa?” tanya Anis.
Aku hanya diam sambil buat muka seposen.
“My lovely boss. Huhuhu.” kata Farah sambil mengintai telefon yang berada ditanganku,.
“Qalis ke? Jawablah-jawablah.”
“Malaslah. Dia mesti suruh aku buat benda yang pelik-pelik.
Seksa aku.”
“Kalau kau tak nak angkat biar aku yang angkat.” Kata Azzah
dan terus merampas telefon dari tanganku.
“Apa? Nak coffee starbucks? Regular cup? Okay nanti I
bagitau dia.”
“Dia cakap apa?”
“Nak coffee. Regular cup.”
“Ah lupakan. Malas aku nak layan.”
“Kau tak nak belikan ke? Nanti dia marah.”
“Aku cakap jelah yang aku ada kat kelas. Bijak kan.”
Dan tiba-tiba sekali lagi telefonku berdering dan pemanggilnya adalah orang yang sama. Aku mengeluh dan menekan punat hijau.
“Assalamualaikum. Qalis saya ada dekat kelas lah. Ada
pensyarah ni. Nanti saya telefon balik okay.” Kataku perlahan. Seolah-olah aku
berada di dalam kelas.
“Oh kau ada dekat
kelas rupanya, tapi kenapa kelas kau tengah jalan?”
Alamak. Dia nampak aku ke? Aku memandang sekeliling dan itu
dia. Di atas sana. Di memandang sini sambil bersiul.
“Bring it over 15 minutes. Don’t let the foam disappear.”
15 minit. Nak pergi dekat kereta je dah 10 minit. Memang
gila. Kerja gila. Aku berlari anak ke kereta. Kereta ku pandu laju. Nanti bila
sampai surat saman, aku suruh dia yang bayarkan.
20 minit kemudian baru aku sampai di tempat tadi. Tapi Qalis
tidak kelihatan. Mana lah pulak dia pergi. Aku memandang keliling. Pemandangan
disini sungguh cantik dan nyaman.
“Nyamankan?” tegurnya
“Hmmm. Nah air awak.”
“Petang karang aku ada buat persembahan dekat kafe. Aku nak
kau pun ada dekat situ.”
“Terima kasih." perliku halus.
"Kenapa pulak?”tanyaku lagi.
“Thank you for a drink. Aku nak air macam ni setiap pagi.
Jangan lupa kau tu kuli aku. So kat mana ada aku, kat situ la kau ada, dan
jangan lambat. Aku benci orang lembab.”
Aku termangu. Lepas satu-satu aku kena. Buruk, bodoh dan
yang terbaru lembab. Sedih betul hati aku. Dia ni ingat aku tak ada perasaan
ke? Kejam bin zalim.
Habis sahaja kelas hari ini aku pergi ke kafe Antartika. Aku
seret sekali si Anis. Ketika aku sampai Taufiq sedang membuat persembahan.
Suaranya juga merdu. Dia mendedangkan lagu grenade nyanyian asal Bruno mars.
Aku melihat Anis begitu teruja melihat Taufiq menyanyi di pentas. Jangan-jangan
mereka ni…….
“Nota aku.” Lenyap terus persoalan aku mengenai hubungan
Taufiq dan Anis apabila aku teringatkan nota ku. Aku menyelongkar beg tapi
masih belum menjumpai nota tersebut.
Aku tepuk dahi. Mesti tertinggal masa aku kelam kabut keluar
dari kelas tadi. Aduhai. Malasnya nak balik kolej balik. Nanti mesti dah nak
maghrib.
“Kau cari apa?”
“Nota yang aku salin tadi. Tertinggal dekat kelas.”
“Kau nak pergi kolej balik?”
“Aah, sebab esok ada test subjek tu kan? Kau nak ikut?”
“Tak kot. Aku dah janji nak balik dengan Taufiq.”
“Ehem-ehem.”
“Nanti aku cerita dekat kau.” Katanya lalu pergi ke kereta
Taufiq. Mereka melambai tangan dan terus beredar.
Aku ke kereta dan melihat Qalis juga sedang ingin menuju ke
keretanya. Aku ingin menegur tetapi tiba-tiba telefonnya berdering.
“Hello. Ya I baru habis kerja. Kenapa? You tak sakit kan? I
pergi sekarang. Stay there.”
Aku mendengar perbualannya. Nampak orang disana penting
dalam hidupnya. Qalis terus menghidupkan enjin dan memecut laju. Kemana, aku
sendiri tidak tahu. Kenapa kau nak sibuk-sibuk Hani. Baik kau fikirkan untuk
test esok.
No comments:
Post a Comment