Sunday, 25 November 2012

A.C.E.H 10


Bab 10

Setelah berpuas hati dengan penampilan diriku dicermin, aku mencapaI tas tangan dan buku-buku ku. Kini aku bersiap sedia ingin ke kolej. Memulakan hari baruku. Harap semuanya berjalan dengan lancer. Amin.

“Morning my lovely atuk.” Kataku sambil memeluk dan mencium pipinya.

“Morning sayang. Awal pergi kolej hari ni.”

“Ada kelas ganti pagi ni.”

“Okay lah atuk nak kena pergi dulu.” Katanya sambil mengankat punggung.

“Take care and best of luck.” Ucapnya dan terus mengucup dahiku.

Beberapa minit kemudian, aku pula menyusul atuk. Tangan Mak Minah ku kucup hormat. Kereta ku hidupkan tetapi sebelum aku membuka pintu kereta aku mendapat panggilan telefon.

My lovely boss. Doa aku panjatkan. Butang hijau ku tekan.

“Yes anything?” tanyaku rakus.

“Assalamualaikum my slave.”

Alamak malunya. Tulah kau Tihani. asyik nak marah je, kan dah kena peril dengan halimunan ni.

“Walaikumussalam. Kenapa pagi-pagi dah call saya?”

“Dah kata kau kuli aku, suka hatilah aku nak call pukul berapa, nak suruh kau buat apa pun.”

“Fine.” Kataku ringkas. Malas mahu bertengkar.

“Aku ada kelas pagi ni.”

“So?” tanyaku pelik.

“Aku ada hal. Kau masuk kelas aku sebab ada nota penting kena salin. Pastikan jangan sampai tertangkap. Kalau tak mati lah kau aku kerjakan.”

“Tapi saya pun ada kelas pagi ni.”

“Kesah pulak aku. Aku punya ni penting untuk test nanti.”

“Saya punya pun……” sebelum aku habis bercakap telefon sudah pun diletak “pentinggggggg bongok” jeritku dihalaman rumah

Aku menarik nafas dalam dan menghembus perlahan. Cuba mencari kesabaran ku yang kian pudar. Aku mencapai telefon nak menghantar mesej ringkas kepada Anis

‘Aku tak datang kelas hari ni. Apa-apa hal kau inform aku asap ok’

Setelah selesai segala urusanku, aku mengundurkan keretaku dan memandu ke kolej.

Hampir 4 jam aku duduk di kelas kejuruteraan tadi. Aku menyalin apa juga yang terdapat di papan putih dan segala yang pensyarah itu utarakan. Agak-agak kalau aku nak jadi jurutera pun lepas ni. Hahaha.

“Hoi!!”

“Hoi!! Ish tak reti nak tegur orang baik-baik ke?”

“Dah aku tegur kau tak menyahut siapa suruh. Mana nota aku?”

“Ni.”

“Lengkapkan?”

“Tempoh empat jam dalam kelas tadi saya tak menguap walau seminit pun. Semua saya salin.”

“Kau kena ngorat tak?”

“Selera sangat saya dengan budak engine.” Kataku sombong.

“Aah. Lupa pulak aku kau hanya minat kat aku je.”

Double what? Ini tidak adil-tidak adil bagiku.

“Dah aku nak bla. Apa-apa hal nanti aku call kau lagi.”

“Tapi kelas saya tadi macam mana nak cover?”

“Pandai-pandai kau lah. Aku tak suka orang bodoh.”

Triple what? Aiseymen ini melebih. Mula-mula kau kata aku hodoh, lepas tu kau kata aku bodoh pulak. Memang la kau ni. Aku sumpah kereta kau pancit tengah jalan kejap lagi.

Kalau aku tahu macam ni aku tak payah susah-susah datang kolej. Buat menyakitkan hati je. Tak apa Hani tak lama je lagi.

Aku ke kedai makan yang telah dijanjikan.

“Kenapa kau tak datang kelas hari ni beb?”

“Lecterure tanya aku tak?”

“Tak. Dia tak perasan kut.”

“Qalis tu lah.”

“Kenapa dengan Qalis?”

“Tak ada apa-apa lah.”

Peraturan kedua yang diberi oleh Qalis, aku tidak boleh bercerita apa sahaja yang berlaku antara kami pada sesiapa pun. Kalau dia dapat tahu, dia tambah lagi masa aku jadi kuli dia. Oh my God. Benda yang paling aku tak nak. Jadi sepanjang empat bulan ni aku kena tutup dan kunci mulut rapat-rapat.




2 comments: