Bab 12
Memang benar telahanku, notaku berada didalam kelas tadi.
Kerana Qalis aku kelam kabut dan kerana dia aku tertinggal nota ni. Tiba-tiba
ingatanku melayang terhadap lelaki yang bernama Raja Imran Qalis Raja Azmi.
Apakah yang telah berlaku? Kenapa dia kelihatan tergesa-gesa. Aku harus cari
jawapan. Aku melangkah ke kereta. Selalu malam-malam macam ni tak ramai yang
ada kelas. Kalau ada mungkin pelajar pengajian jarak jauh (PJJ) atau kelas
ganti.
Sedang aku berjalan, aku seperti melihat kelibat Qalis
berlari ke studio tarian bersama pak cik sekuriti. Aku tekad mencari tahu
sebabnya dan mengekori langkah mereka berdua.
“Cepat pakcik. Tolong buka pintu ini.” Gesa Qalis apabila
Apabila pintu dapat dibuka, Qalis terus meluru masuk.
“Putri!!” jerit Qalis kuat dan apabila dia melihat wanita
itu, Qalis memeluknya erat. Memeluk? Aku terkejut bukan kepalang. Siapa wanita
itu?
“I minta maaf. I betul-betul tak tahu nak telefon siapa
Qalis.”
“You tak sakit kan?” tanya Qalis dan melepaskan pelukan.
“Hmmm.” Jawab wanita itu dan mengangguk.
“Patutnya kamu buka lampunya dong. Saya nggak tahu kamu di
dalam.” Kata pak cik sekuriti itu dalam slang Indonesia.
“Saya minta maaf pak cik. Selepas ini saya akan lebih
berhati-hati.”
“Jom balik.” Ajak Qalis.
Aku masih mengekori mereka. Setiap perbualan aku dengar
dengan jelas.
“Thank you.”
“No matter what happens next time, call me. I will run over
immediately.”
Wanita itu hanya mengangguk “Be careful on your way home.”
Wanita yang bernama Putri itu terus mengerakkan
kenderaannya. Qalis menuju ke keretanya dan dia tersenyum. Qalis tersenyum?
Tidak pernah aku melihat dia tersenyum penuh ikhlas sebegitu. Siapa sebenarnya
wanita itu? Adakah dia yang bertakhta dalam hati Qalis selama ini? Segala
persoalan itu hanya tergantung kerana aku sendiri gagal mencari jawapannya.
Esok seperti biasa aku ke kolej. Sudah sebulan rutinku masih
sama. Sebelum aku ke kolej aku akan singgah di kedai starbucks untuk membeli
Qalis air kopi. Hari ini juga seperti itu.
“You Nurin Tihani kan?”
“Ya. Kenapa?”
“Ada seseorang nak jumpa you dekat padang ragbi.”
“Siapa?”
Tanpa sempat menjawab persoalanku, orang itu terus berjalan
pergi. Siapa ye? Qalis kot. Tiba sahaja aku di padang ragbi, tiada siapa
disitu. Orang ni nak main-mainkan aku ke? Ish gerammmmnya.
“Adik!!” laung seseorang dari tempat duduk penonton.
Tanpa harus memusingkan kepala 360 darjah, aku sudah tahu
siapa orangnya. Dalam hidup ku ada seorang sahaja manusia yang memanggilku adik
iaitu Abang Wafi. Anak kawan baik mamanya ketika di London dulu. Dia terus
berlari mendapatkan aku dibawah padang.
“Miss me yeh?”
“Kenapa tak bagitau nak balik? Benci la macam ni.”
“Mama Azwani yang suruh abang buat surprise and Atuk pun.”
Katanya.
“Ala jangan nak merajuk. Jom abang belanja makan. Nak?”
“Wah sayangnya dekat abang kita ni.”
“Sayang la sangat.” Katanya dan cuba meyerabutkan tudungku
yang berada dikepala. Itu memang kerjanya.
“Abang ni. Penat la adik nak betulkan. Perangai macam
budak-budak.” Protesku kerana sikapnya yang ini.
“Whatever. By hook or by crook I want to rent you for spent
time with me this weekend.”
“Whatever.” Ajukku sambil membuat aksi tangan dibahu dan
mata di atas. Ni semua abang yang ajar.
Jangan nak salahkan Hani okay. Seorang
adik perlu mengikut teladan abangnya.
Masa hujung minggu ini aku habiskan bersama abang Wafi.
Seluruh kuala lumpur kami pusing. Aku menjadi pemandu pelancong dirinya tapi
yang memandu adalah abang Wafi dan aku hanya mengarah dia membelok keretanya ke
sini ke sana. Biarkan dia rasa penat. Siapa suruh nak berjalan-jalan waktu
hujung minggu. Memang sesak lah.
Kami makan bersama, menonton wayang bersama, membeli-belah
bersama, pokoknya apa yang kami lakukan adalah berdua, dah macam pasangan
merpati dua sejoli. Aku memang rapat dengan abang Wafi kerana ketika di London
dulu kerana aku hanya mempunyai abng Wafi untuk meluahkan segala isi hatiku.
Kebetulan abang Wafi juga merupakan anak tunggal.
Abang wafi merupakan anak tunggal Ibu Sunti iaitu seorang
wanita Indonesia yang telah lama menetap di London sejak kematian suaminya 15
tahun lalu iaitu ketika abang wafi berusia 9 tahun.
bile nak sambung..best
ReplyDelete