Bab 10
Setelah berpuas hati dengan penampilan diriku dicermin, aku
mencapaI tas tangan dan buku-buku ku. Kini aku bersiap sedia ingin ke kolej.
Memulakan hari baruku. Harap semuanya berjalan dengan lancer. Amin.
“Morning my lovely atuk.” Kataku sambil memeluk dan mencium
pipinya.
“Morning sayang. Awal pergi kolej hari ni.”
“Ada kelas ganti pagi ni.”
“Okay lah atuk nak kena pergi dulu.” Katanya sambil mengankat
punggung.
“Take care and best of luck.” Ucapnya dan terus mengucup
dahiku.
Beberapa minit kemudian, aku pula menyusul atuk. Tangan Mak
Minah ku kucup hormat. Kereta ku hidupkan tetapi sebelum aku membuka pintu
kereta aku mendapat panggilan telefon.
My lovely boss. Doa aku panjatkan. Butang hijau ku tekan.
“Yes anything?” tanyaku rakus.
“Assalamualaikum my slave.”
Alamak malunya. Tulah kau Tihani. asyik nak marah je, kan
dah kena peril dengan halimunan ni.
“Walaikumussalam. Kenapa pagi-pagi dah call saya?”
“Dah kata kau kuli aku, suka hatilah aku nak call pukul
berapa, nak suruh kau buat apa pun.”
“Fine.” Kataku ringkas. Malas mahu bertengkar.
“Aku ada kelas pagi ni.”
“So?” tanyaku pelik.
“Aku ada hal. Kau masuk kelas aku sebab ada nota penting
kena salin. Pastikan jangan sampai tertangkap. Kalau tak mati lah kau aku
kerjakan.”
“Tapi saya pun ada kelas pagi ni.”
“Kesah pulak aku. Aku punya ni penting untuk test nanti.”
“Saya punya pun……” sebelum aku habis bercakap telefon sudah
pun diletak “pentinggggggg bongok” jeritku dihalaman rumah
Aku menarik nafas dalam dan menghembus perlahan. Cuba
mencari kesabaran ku yang kian pudar. Aku mencapai telefon nak menghantar mesej
ringkas kepada Anis
‘Aku tak datang kelas hari ni. Apa-apa hal kau inform aku
asap ok’
Setelah selesai segala urusanku, aku mengundurkan keretaku
dan memandu ke kolej.
Hampir 4 jam aku duduk di kelas kejuruteraan tadi. Aku
menyalin apa juga yang terdapat di papan putih dan segala yang pensyarah itu
utarakan. Agak-agak kalau aku nak jadi jurutera pun lepas ni. Hahaha.
“Hoi!!”
“Hoi!! Ish tak reti nak tegur orang baik-baik ke?”
“Dah aku tegur kau tak menyahut siapa suruh. Mana nota aku?”
“Ni.”
“Lengkapkan?”
“Tempoh empat jam dalam kelas tadi saya tak menguap walau
seminit pun. Semua saya salin.”
“Kau kena ngorat tak?”
“Selera sangat saya dengan budak engine.” Kataku sombong.
“Aah. Lupa pulak aku kau hanya minat kat aku je.”
Double what? Ini tidak adil-tidak adil bagiku.
“Dah aku nak bla. Apa-apa hal nanti aku call kau lagi.”
“Tapi kelas saya tadi macam mana nak cover?”
“Pandai-pandai kau lah. Aku tak suka orang bodoh.”
Triple what? Aiseymen ini melebih. Mula-mula kau kata aku
hodoh, lepas tu kau kata aku bodoh pulak. Memang la kau ni. Aku sumpah kereta
kau pancit tengah jalan kejap lagi.
Kalau aku tahu macam ni aku tak payah susah-susah datang
kolej. Buat menyakitkan hati je. Tak apa Hani tak lama je lagi.
Aku ke kedai makan yang telah dijanjikan.
“Kenapa kau tak datang kelas hari ni beb?”
“Lecterure tanya aku tak?”
“Tak. Dia tak perasan kut.”
“Qalis tu lah.”
“Kenapa dengan Qalis?”
“Tak ada apa-apa lah.”
Peraturan kedua yang diberi oleh Qalis, aku tidak boleh
bercerita apa sahaja yang berlaku antara kami pada sesiapa pun. Kalau dia dapat
tahu, dia tambah lagi masa aku jadi kuli dia. Oh my God. Benda yang paling aku
tak nak. Jadi sepanjang empat bulan ni aku kena tutup dan kunci mulut
rapat-rapat.