Bab 4
di dalam kereta
“Esok kita orang ada mesyuarat kelab Pengurusan Perniagaan
pukul 10 pagi. Kau nak join sekali?” tanya Anis
“Mesyuarat kelab pengurusan perniagaan? Ada apa-apa event
korang nak buat ke?”
“Yap. Ada seorang lecterure kite Prof Maryati tu dia sakit
kanser rahim tahap 3 dah. So kitaorang nak bantu sikit untuk kos perbelanjaan
dia. Tapi tak tahu lagi nak buat event macam mana. Kalau kau ada idea boleh
juga kalau nak sumbangkan.”
“Okay jugak tu. Insha Allah kalau tak ada aral esok aku
datang kolej.”
“Okay set.”
Aku terjaga dari menungan bila Anis menyikuku. Dia
mengangkat kening bertanyakan mengapa dengan aku. Aku hanya menjawab dengan
gelengan.
“Why not kalau kita suruh Datu Band buat persembahan untuk
majlis amal untuk Prof Maryati tu?” tanyaku
“Duta Band. D-U-T-A.”
“Okay, okay. Duta Band. Dari apa yang aku tengok diaorang ni
agak famous jugak. Kalau kita suruh dorang buat persembahan mesti ramai yang
datang dan kita kumpul dana dengan banyak.”
Anis, Farah dan Azzah memandangku serentak.
“Good idea babe. Tapi dorang ni berlagak. Takkan nak buat
persembahan cikai-cikai macam tu?” kata Azzah.
“Kita takkan dapat ajak Qalis tapi kita boleh jerat Taufiq.
Bagi je dia makanan. Betul tak?”
“Siapa Qalis dan siapa Taufiq?” tanyaku blur. Yelah dalam
satu hari macam-macam nama aku dengar tanpa pernah bersua dengan orangnya.
“Raja Imran Qalis is a vocalist and Taufiq Ommar is a
drummer of a band.”
“Oh.”
Sedang sibuk aku berbual bersama mereka, tiba-tiba aku
melihat lelaki psycho itu keluar dari kafe. Aku harus mengejar dan berbincang
dengannya. Aku bangun dan mengatur langkah pantas.
“Eh awak, sekejap.” Jeritku.
“Saya?” tanya dirinya sambil menunjukkan jari telunjuk ke
mukanya.
“Ya awak. Saya nak bincang sesuatu. Have a time?”
“Kalau saya cakap saya tak ada masa macam mana?”
Bagu. Pertanyaan dijawab dengan pertanyaan. Memang aku suka.
“Kalau awak tak ada masa hari ni, saya akan cari awak esok.”
“Psycho gila. Okay apa dia?”
What? Dia kata aku psycho. Ini tahap melampau. Dia tu
halimunan, tak ada perasaan dan berlagak.
“Saya nak minta tolong Duta Band buat performance masa
Majlis Amal untuk Prof Maryati boleh?”
“Saya tak berminat lagipun saya tak kenal pun Prof Maryati
tu siapa.” Jawabnya dan terus berlaku meninggalkan aku yang kaku dengan
jawapannya. Dia ni manusia ke hantu sebenarnya. Geram pulak aku.
“So what he say?” tanya Farah.
“No.” kataku malas. Geram aku dengan lelaki yang bernama
Qalis itu masih belum selesai. Menyampah dengan lelaki macam tu. Berlagak je
lebih. Muka kacak, suara sedap, duit ada tapi sayang budi bahasa tak sempat nak
belajar. Sedih aku tengok. Tak apa-tak apa biar aku yang ajar kau cara berbudi
bahasa.
“Aku dah agak dah. Next person is Taufiq Ommar. Harap
mengenalah jerat.” Kata Azzah sambil
mengangkat tangan seolah-olah berdoa.
“Taufiq!!” jerit Anis apabila dia melihat kelibat taufiq
yang bergerak ke keretanya.
“Eh Anis. Ya kenpa? Ada yang boleh I tolong you?”
Anis membisikkan sesuatu ke telinga Taufiq. Taufiq khusyuk
mendengar dan kadang-kadang kepalanya dianguk dan sekejap-sekejap digelengkan.
Apalah budak berdua ni buat. Tak faham aku.
“I setuju. Tapi I tak janji. You tahukan macam mana perangai
Qalis. He is different.”
“I know. Member I ni baru pergi jumpa dia tadi dan dia tak
setuju tapi kalau you Berjaya kiteorang belanja you lunch dua minggu. Amacam?”
“Makan? Dua minggu?” tanya Taufiq blur.
“Yap. 2 minggu kot.” Jawab Anis gembira.
“Set. I terima cabaran you.”
Kami bertepuk tangan atas kejayaan Anis. Moga mamat tu
terima. Amin Ya Rabb. Setelah berbincang kami semua pulang kerumah
masing-masing. Hari juga semakin gelap.
No comments:
Post a Comment