Bab 2
Selepas selesai makan tengah hari tadi aku mencapai kunci
kereta. Puas juga Mak Minah marahkan aku kerana dia tahu aku belum mahir jalan
di Bandaraya Metropolitan ini.
“Nanti sesat macam mana Hani? Pasti abang Aqil marahkan
kami.”
“Hani akan ambil risikonya Mak Minah. Janganlah risau sangat
pasal Atuk tu.”
Kini aku dihadapan KLCC. Jam tepat menunjukkan jam 8.30
malam. Setelah beberapa jam aku mencari tempat ini kini baru aku terjumpa.
“Masih cantik seperti dulu tempat ni.” Kataku perlahan.
“Masih cantik seperti dulu tempat ni. Berapa lama dah tak
datang sini? 2 hari?”
Aku menoleh kesebelah. Kelihatan seorang lelaki yang kacak
dimataku tapi kenapa dia memerliku begitu.
Ada masalah mental ke lelaki ni.
Mungkin. Aku menjarakkan kedudukan.
“Kenapa awak nak sibuk-sibuk.”
“Sebab peliklah. Orang macam awak datang dan berkata begitu.
Malaysian right?”
Apa masalah lelaki ni. Kalau nak ngorat aku pon agak-agak
lah. Mulut tak bayar insurans apa. Main sembur je. Kalau aku sembur karang
sampai tak cukup tanah kau nak jejak.
“Yes I am Malaysian.” Aku menjawab dan berpaling
tetapi…tetapi dia dah tak ada. Kurang ajar lelaki ni.
Mana dia pergi. Halimunan
ke apa? Astafirullah al azim. Aku mengucap dalam hati. Aku masuk kedalam kereta
dan cepat-cepat menghidupkan enjin. Tiba-tiba aku merasa takut.
Jalan bandaraya Kuala Lumpur ni tak pernah lekang dari pelbagai kenderaan dari basikal, motor, kereta, loro, bas, van dan pelbagai lagi memenuhkan jalan raya. semua dah tak beretika apabila setelah seharian penat berkerja. nasib baik kapal terbang tak boleh mendarat sebarangan. kalau tak mest kenderaan-kendaraan ni beri laluan utama pada kapal terbang tu. red carpet gitu, tabur beras kunyit sikit. okay menngarut la tu.
Jalan bandaraya Kuala Lumpur ni tak pernah lekang dari pelbagai kenderaan dari basikal, motor, kereta, loro, bas, van dan pelbagai lagi memenuhkan jalan raya. semua dah tak beretika apabila setelah seharian penat berkerja. nasib baik kapal terbang tak boleh mendarat sebarangan. kalau tak mest kenderaan-kendaraan ni beri laluan utama pada kapal terbang tu. red carpet gitu, tabur beras kunyit sikit. okay menngarut la tu.
Sesampainya dirumah datuk dah menungguku dihalaman rumah.
Mukanya bengis. Hukuman bakal dijatuhkan. Apalah kau Hani, baru sehari kat
Malaysia dah menyakitkan hati orang tua ni.
Aku mengatur langkah perlahan kearahnya.
“Baru sekarang nak balik?!! Kenapa tak balik esok je?”
“Ha…Han….Hani sesat tadi sebab tu Hani baru sampai sekarang.
Maaf Atuk.”
“Kenapalah perangai keras kepala dan degil kamu ni tak
berubah. Atuk ingat bila dah duduk kat London tu 10 tahun kamu dah tak degil
macam dulu.”
“Maafkan Hani atuk. Hani janji tak buat lagi.” Kataku sambil
mengangkat tangan kanan.
“Kamu nak Atuk bagitau papa dan mama kamu atau kamu nak Atuk
pecat Mak Minah dan Pak Amad? Pilih salah satu.”
Aku tercengang. Tegasnya orang tua ini. Kecut perut aku.
“Hani tak nak dua-dua. Hani nak atuk maafkan Hani sekali ni
je. Lepas ni Hani janji Hani akan dengar semua cakap atuk. Please atuk.”
Rayukan sambil mengerdipkan mata.
“Baiklah. Kali ini atuk maafkan kesalahan kamu. Kamu
kemana?”
“Melawat KLCC. Sampai 3 jam Hani sesat. Tu yang lama tu.”
Jawabku manja.
“Rindu benar kamu pada KLCC dari kamu rindukan atuk ya.”
“Mana ada. Hani rindukan atuk tapi Hani boring duduk rumah
nak tunggu atuk balik jadi Hani pergilah jalan-jalan.”
“Yela tu. Mari atuk tunjukkan kamu sesuatu.”
Aku mengikut langkahnya. Dia membuka grill garaj kereta. Aku
hanya melihat kedalam garaj. Terdapat sebiji kereta Peugeot 308 berwarna merah
hati itu.
“ini hadiah dari atuk. Kereta ni hak kamu.”
Aku memandang atuk dan kereta itu silih berganti. Benarkah
apa yang aku dengar. Aku mempunyai kereta sendiri. Atuk menyerahkan kunci
kereta itu kepadaku. Sebagai tanda terima kasih aku memeluk dan mencium tangan
serta kedua belah pipi orang tua itu.
“Thank you atuk. You’re the best ever and ever.” Aku
mencapai kunci kereta dan pra test kereta yang baru itu.
Aku bakal ke kolej dengan kereta baru. Yeh. Seronok pula
tinggal dengan atuk. Kalau dengan papa dan mama aku mungkin takkan merasa.
Mereka mahu aku belajar hidup susah. Ketika di London dulu aku berulang alik
naik pengangkutan awam walaupun aku sudah mempunyai lesen. Kita harus merasa
kesusahan orang lain dahulu sebelum hendak berlagak dengan kemewahan kita.
Kata-kata yang selalu papa tuturkan padaku. Rindu pula pada mama dan papa.
Aku baring menghadap syiling. Memikirkan keadaanku di kolej
esok. Apakah aku akan mempunyai kawan. Al maklumlah aku hanya transfer student.
Mungkin aku tidak akan memahami cara pengajaran dan pembelajaran disini tapi
aku tekad untuk berusaha kerana pepindahan aku kesini adalah keputusan diriku.
Aku tidak boleh mengecawakan mama, papa dan atuk.
“Nurin Tihani pasti boleh.” Jeritku dengan semangat.
Aku menutup lampu menarik comforter dan membaca doa. Moga
hari ini lebih baik dari esok. Amin Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment