Sunday, 25 November 2012

A.C.E.H 9


Bab 9             

Aku sampai di rumah agam ini tepat pukul 9.30 malam. Kerana pertandingan yang aku buat dengan mamat halimunan tu, aku terpaksa berkaraoke kesana kesini mencari lagu yang sesuai untuk dinyanyikan.

“Hani kan dah bagitau Mak Minah, Hani balik lambat hari ni. Atuk patut makan dulu tadi. Tak payah tunggu Hani.”

“Atuk nak makan malam dengan cucu kesayangan atuk ni. Sampai pukul 12 malam pun atuk sanggup tunggu.”

“Iceceh. ”

“Kenapa dua tiga hari ni atuk tengok Hani selalu balik lambat? Banyak assignment ke?”

“Assignment nak berperang. Hani pergi karaoke tuk.”

“What? Karaoke?”

“Aah. Ada sorang mamat ni dia ajak Hani bertaruh nyanyi kat bukit bintang esok petang.”

“Apa yang jadi sampai dia ajak kamu bertaruh ni?”

“Hani cabar dia. Hehee.” Sengihku.

“Kamu ni Hani. Apa hadiahnya?”

“Tak ada hadiah pun. Siapa yang kalah akan jadi kuli sampai cuti sem.”

“Best of luck dear. Dahlah. Atuk dah selesai makan. Atuk nak naik. Penat.”

Aku mengangkat punggung dari kerusi dan menyalam tangan orang tua itu, kepalaku diusap. Aku rindu papa dan mama. Bila agaknya dia orang nak balik Malaysia.

Selepas aku berborak dengan Mak Minah dan Pak Amad tadi aku terus naik kebilik. Pelbagai strategi keluar dari kepala ku tapi tak ada satu pun yang aku fikir akan membuat aku menang.

“Kau dah terlanjur Hani. Kalau kau kalah tanpa bertaruh lagi malu dari kalah bertanding. Nurin Tihani Dato’ Mohd Hafiz pasti boleh. Go go chaiyok. Aja-aja fighting.” Kataku semangat.

Badanku aku telentangkan menghadap syiling bilik itu. Kenapalah aku bodoh sangat. Betullah kata orang, kita kalau nak buat keputusan jangan ketika kita marah atau sedih. Pasti tindakan yang bodoh bakal diambil. Apa nak buat. Nasi dah pun jadi bubur. Hendak atau tidak aku tetap terpaksa berjuang walaupun aku tahu peluang aku untuk menang tak sampai 30% pun. Nasib la kau badan.

Keesokan harinya Anis dan Taufiq telah merancang segalanya-galanya bagi pihak aku dan mamat halimunan tu. Kami akan berjumpa di hadapan pintu kolej pada pukul 4.30 petang dan agak gerak bersama-sama ke bukit bintang. Tapi sekarang dah pukul 5 petang. Dia guna jam indon agaknya.

Aku dah puas menunggu dirinya didalam kereta Peugeot 308 pemberian atuk ni. Tapi dia dan rakan-rakannya masih belum kelihatan. Ah itu dia mamat ni. Lambat betul. Macam siput sedut.

Dia membuka cermin tingkap dan aku juga membuka cermin tingkapku.

“Guna jam indon ke? Janji melayu betul.” perliku.

“Tak payah nak memekak dekat telinga aku. Anyway, best of luck minah Klcc.” Laungnya.

“You too mamat halimunan.” Sambutku.

Hampir 2 jam kami berada di bukit bintang. Buat persembahan tak sampai 10 minit tapi nak tunggu buat persembahan, berjanggut. Agaknya kalau orang nak beranak dah boleh beranak terus. Statement yang tak boleh dipakai umum. Hahaha. Dan keputusannya….

“Minah Klcc!! Nak no telefon.” Mintanya lembut. Perli aku la tu.

“Buat apa?” jawabku kasar

Pertanyaanku tergantung. Dia merampas begku dan meyelongkarnya. Apabila dia menjumpai telefonku dia mendail sesuatu. Telefonnya berdering.

“That’s my number. Thank you.”

langkahnya diatur ke keretanya.

“Ahhh. Mamat gila.”

tiba-tiba dia berpaling.

“First of all, sebagai langkah pertama kau tak boleh panggil aku dengan sebarang panggilan sampah yang kau suka bagi tu. Langkah pertama okay. Yang lain-lain aku bagitau kemudian ye minah Klcc.”

Aku melihat telefonku dan melihat panggilan yang dibuat. Nombor telefonnya telah pun di simpan. Baiknya hati tapi disimpan sebagai….what? nak termuntah aku tengok.. MY LOVELY BOSS. Pala otak kau. Lovely lah sangat. Tak ada perasaan adalah.

Aku menghayun langkah malas turun dari tangga rumah. Atuk dah balik ke? Macam dengar suara dia gelak kat luar je. Aku pakai selipar untuk ke halaman rumah. Memang atuk dah balik tapi kenapa dia tak panggil aku macam selalu.

“Atuk!!”

“Eh. Kenapa? Sedih sebab kalah?”

Aku memandang atuk “Macam mana atuk tahu.”

“Tadi atuk pergi tengok. Good job anyway.”

“Sedih la atuk. 4 bulan kena jadi kuli lelaki halimunan tu.”

“Halimunan? Muka dia punyalah kacak, kamu panggil dia halimunan. Anak Raja Azmi kan dia tu?”

Sekali lagi aku memandang atuk pelik.

“Macam mana atuk tahu?”

“Raja Azmi tu kawan baik papa kamu masa kecik-kecik dulu. Tak sangka atuk tengok dia tadi sebijik muka ayahnya. Kacak betul.”

Oh bapak dia kawan baik papa rupanya. Kalau kawan baik papa, mesti Raja Azmi tu baik orangnya tapi anaknya, Masha Allah, macam hantu. Perangai macam tak serupa bikin. Kerjanya nak menyakitkan hati aku saja. Apalah nasib aku dapat jumpa dengan mamat halimunan tu. Umpama mimpi ngeri.

Bersiap sedia sajalah esok. Pasti dia akan buli aku sampai aku tak tahan. Nasib-nasib. 

No comments:

Post a Comment