Wednesday, 21 November 2012

A.C.E.H 1


Bab 1

“Selamat pulang ke bumi Malaysia cik.” Tegur pramugari yang bertugas.

“Terima kasih.” Aku membalas sambil tersenyum.

Tempoh 10 tahun aku menetap di Kota London tidak membuatkan aku lupa pada adat dan tatasusila orang melayu. Kata mama, dimana pun kita berpijak adat resam kita harus sentiasa kita pegang. Jangan sesekali kita biarkan orang lain memijaknya.

Kini 9.30 pagi waktu Malaysia. Alhamdulillah aku kini telah kembali ke sini untuk menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan di Universiti Teknologi Mara. Hanya aku sahaja yang pulang dan keluargaku masih menetap di Kota London, selepas tugas papa dan mama selesai disana baru mereka akan pulang ke Malaysia.

Lupa hendak aku perkenalkan, namaku Nurin Tihani. Seorang nak tunggal kepada Dato’ Mohd Hafiz dan Datin Norazwani. Aku cuma gadis biasa tanpa darah kacukan dari mana-mana Negara atau benua. Langkah ku atur rapi ke arah mereka yang berada diruang menunggu. Aku mencari-cari muka datukku iaitu Tan Sri Aqil tapi puas mataku melilau namun wajah tua itu tidak kelihatan. Pasti dia terlupa akan diriku yang akan pulang hari ini.

Aku ke tempat menunggu teksi dan tiba-tiba seorang menegurku.

“Kamu Tihani kan?” tanya dirinya. Seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50an.

“Ya saya Nurin Tihani.” jawabku ramah.

“Pak cik, Pak Amad. Pembantu Tan Sri Aqil. Tan Sri suruh Pak Amad jemput Cik Tihani disini.”

“Oh, tapi Atuk mana?”

“Dia ada mesyuarat penting di Hotel jadi dia tak sempat untuk menjemput cik.”

“Terima kasih Pak Amad atas informasinya tapi boleh saya minta tolong sesuatu?”

“Sama-sama. Apa dia yang boleh Pak Amad bantu Cik Tihani?”

“Tolong jangan panggil saya cik. Panggil Hani cukup.”

“Baiklah cik.”

“Haipp.” Aku angkat tangan tanda protes.

“Maafkan Pak Amad. Marilah Hani, kita pulang.”

Pak Amad mengangkat beg ke dalam kereta dan dibantu olehku. Kesian pula aku melihat orang tua ini melakukan semuanya seorang diri. Pak Amad membuka pintu belakang. Aku membuka pintu penumpang dihadapan. Pak Amad tercenggang dan kemudian tersengih lalu menutup pintu itu kembali.

Pak Amad melihat anak dara sunti di sebelahnya itu dengan khusyuk. Telatah dan gayanya persis Abang Aqil dan Hafiz. Nampaknya aku dan Minah telah salah sangka padanya. Bisik Pak Amad didalam hati. Memang Aqil dan Azwani mendidik anak mereka dengan betul.

“Atuk habis meeting pukul berapa?”

“Mungkin lagi 5 hingga 6 jam sebab kali ini projeknya besar.”

“Aduh lamanya.” Aku menepuk dahi. Apa yang ingin aku lakukan sepanjang masa itu?

“Kita balik dulu jumpa Mak Minah kemudian baru bincang Hani nak buat apa sepanjang masa menunggu tu. 
Okey?”

Aku hanya tersengih memandangnya. Macam tahu-tahu sahaja apa yang aku fikirkan Pak Amad ni. Ada sixth sense ke? Heheee.

“Okey Pak Amad., tapi siapa Mak Minah?”

“Oh, Mak Minah tu isteri Pak Amad. Dia juga berkerja dengan Tan Sri sebagai tukang masak.”

Aku mengganguk mengerti. Maknanya ada Pak Amad dan Mak Minah dirumah itu nanti. Tak adalah aku kebosanan tahap melampau kat rumah agam tu. Bagaimanalah rupa rumah tu nanti. Dah lama juga aku tak menjejakkan kaki kesitu. Kali terakhir aku pergi 10 tahun lalu. Ketika aku berusia 11 tahun. Kini umurku telah mencecah 21 tahun.

Akhirnya kami sampai ke rumah agam itu. Betul-betul terletak di tengah-tengah Bandaraya Damansara. Dekat juga dengan Kuala lumpur rumah ni. Senang aku nak merayap merata. Hahaha. Tapi apabila aku mengingatkan betapa tegasnya Atukku senyuman dan sengihanku mati. Tak ada maknanya Atuk nak bagi aku kesana ke sini seorang diri.

“Assalamualaikum Cik Tihani. jemput masuk. Cik Tihani tentu penat. Biar Mak Minah dan Pak Amad yang angkat beg tu.” Katanya.

Aku tunduk menyalam orang tua itu. Dia nyata terkejut. Pak Amad hanya tersenyum.

“Pertama jangan panggil saya cik. Panggil saya Hani je. Kedua biar kita sama-sama angkat beg itu sebab itu beg saya, Pak Amad dan Mak Minah ditugaskan. Jadi kita sama-sama mempunyai tanggungjawab keatas beg tu. Betul tak? ”

“Alhamdulillah bang. Nampaknya sangkaan kita meleset. Hafiz dan Azwani benar-benar berjaya mendidiknya.”

“Marilah kita angkat beg ni.”

No comments:

Post a Comment