Bab 6
“Hey!! Qalis or what ever your name is!” jeritku.
Dia memberhentikan langkah dan berpaling.
“You should take this.” Kataku sambil menunjuk bakul coklat
itu kepadanya.
“You can have it.”
“But this is yours.” Jawabku geram sambil memberi bakul itu
kepadanya dengan geram juga.
“Who are you? Oh one of my secret admirer?” tanyanya yakin
dan perasan.
“What? Then, who are you? A person who can judge and hurt
others based on their appearance? Are you so great?” tanyaku dengan marah. Nada
percakapanku juga tinggi.
“Did I say that?”
“You did not but please don’t judge a book by is cover. ”
“Are not you guys the same?”
“Who?” soalku pelik.
“If that’s not the case, are our shows really that great?”
“Huh?” pelik aku mamat halimunan ni. Tanya soalan
pelik-pelik.
“Don’t you guys judge a book by is cover too?”
“In any case, you could have just politely refused it.”
“Receiving so many people confessions everyday, I’m so tired
of it. Although people like you will never understand my feelings and I don’t
like ugly people.” Katanya dan teus berlalu.
What? Ugly people? Kau ingat muka kau hansome sangat? Tak
boleh bawak masuk kubur pon bangang. Kenapalah aku bodoh sangat pergi menyibuk
hal mamat halimunan tu. Kenapa? Sebab dia tu kurang ajar sangat. Hendakku ajar
tapi semakin aku yang sakit hati.
Di bilik tarian dan persembahan.
Putri tergelincir sewaktu melakukan tarian. Qalis masuk
kebilik itu dan menyembur ubat dikakinya. Putri serba salah dan menangkat
kakinya jauh.
“I okay. You boleh pergi.”
“I belum habis sembur ubat lagi.”
Putri hanya mampu melihat Qalis menyembur ubat dikakinya.
Buat ini degil. Tak boleh ditegah. Katanya didalam hati. Selepas selesai mereka
berjalan seiring keluar dari kolej.
“Betul ke kaki you okay?”
Putri tersenyum dan menjawab “It’s okay Qalis. Tak percaya
yang I boleh jatuh. Sebagai yang professional, ini benda yang memalukan. ”
“You dah buat yang terbaik Putri dan I bangga dengan you.”
“Qalis?”
“Ya.”
“Jangan buat macam ni lagi. Kalau boleh jangan jumpa i kat
studio dan jangan tunggu i sapai lewat malam macam ni. Samada i dah makan atau
belum, samada kaki i sakit atau tak, jangan risau dan sibuk pasal i. Jangan
buat apa-apa pun.you kena sukakan seseorang yang sesuai dengan you, yang sebaya
dengan you.”
“I tak nak.”
“Qalis!” panggil Putri cuba berlembut.
“Please be careful when driving back.”
‘Kalau dah budak tu memang perangai budak. Degil.’ Monolog
Putri didalam hati.
Qalis terus berlalu menuju ke keretanya. Pintu dibuka dan
kereta dihidupkan. Satu-satu perkara dalam hidupnya yang paling dia benci saat
ini adalah mendengar Putri menyuruh dirinya berhenti mencintai Putri. Salahkah
dirinya ingin mencintai Putri? Salahkah? Dirinya tidak mampu mencintai orang
lain, jika dia mampu dia boleh sahaja memilih mana-mana perempuan yang ingin
berdampin dengannya dijadikan teman hidup.
Duta Band yang dianggotai oleh Qalis, Taufiq, Khalid dan
Dazrin sedang membuat latihan untuk persembahan amal pada petang ini.
“Qalis!!” panggil Taufiq sejurus memberhentikan bunyi
drumnya.
“Dah kenapa? Kita tak habis berlatih lagi.”
“Tak kisah lah apa korang nak cakap tapi aku rasa aku dah
jatuh cinta.”
“Mesti ada minah mana-mana belikan kau makanan kan?” tembak
Khalid.
“Bukan, bukan.” Jawab Taufiq sambil mengoyang-goyangkan jari
telunjukkan.
Sah dan gila mamat ni.
“Habis tu? Dia belikan kau coklat atau aiskrim mungkin?”
tembak Dazrin pula.
“Bukan, bukan.” Jawabnya sambil membuat aksi yang tadi.
“Tak ada orang yang belikan kau apa-apa? Pastu kau cakap kau
dah jatuh cinta? Pelik tu.” Kata Khalid.
Qalis, Khalid dan Dazrin tidak dapat menutup tawa mereka.
“Eh ingat aku ni jatuh cinta sebab semua tu ke?”
“Of course you are.” Jawab mereka serentak.
“Serious. Buaya daratnya aku.”
“Bukan buaya darat lagi tapi buaya tembaga dah.” jawab Qalis ringkas
“Ah mengarut-mengarut. Aku sumpah ni yang betul-betul.
Memang aku dah jatuh cinta dengan Anisa Solehah.”
“Anis? Budak clubbing tu?” soal Qalis.
“Choi. Tu buat habis beras je.” Jawab Taufiq selamba.
“Habis tu Anis mana pulak?” tanya Dazrin pula.
Taufiq terus berangan dan mengalamun memikirkan wanita yang
bernama Anis Solehah itu. Khalid dan
Dazrin yang tidak lagi larat melayan kerenah Taufiq segera mengheretnya keluar.
Hanya satu je ubat untuk Taufiq. Bukan hospital atau klinik tetapi kedai makan.
“Kau tak nak gerak ke?”
“Korang gerak dulu. Jap lagi aku follow.”
Qalis menyusun peralatan muzik mereka ditempat selalu.
Tempat ini lah tempat yang paling dia minati selain dari rumahnya. Dia yang
suruh papa membeli studio ini setahun yang lalu apabila dia tamat belajar
diploma di UK dulu. Itu janji papa apabila Qalis mahu diajak pulang. Tiba-tiba
telefonnya berdering.
“Ya Raja Nurdini Amani. Anything?”
“Abang. Dini rasa nak mati.”
“What?”
Langkah diayun laju. Diperlu segera ke Prince Court untuk
melihat adiknya. Raja Nurdini Amani adalah satu-satunya adik Raja Imran Qalis.
Dini yang berusia 18 tahun menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir.
Disering sesak dada yang membuatkan Qalis sering gelabah.
Cter ni serupa macam heart string je
ReplyDelete