Bab 3
Keretaku ku parkir di bangunan Fakulti Pengurusan Perniagaan.
Aku melihat sekeliling. Pada siapa yang ingin aku tanyakan. Mataku melilau
melihat orang sekeliling untuk mencari mangsa kepada setiap pertanyaanku.
Mataku tertumpu pada sekumpulan siswi perempuan.
“Duta band? Betul ke Duta band nak buat persembahan? ”
“Aku yakin kali ni sebab semalam aku dengar dari mulut tuan
kedai itu sendiri. Dia orang akan buat persembahan dekat Café Antartika mulai
hari ni.”
“So we should grab a chance. Kita pergi awal, nanti boleh
kita duduk depan.”
“Assalamualaikum.” Aku beranikan diri menghampiri setelah
yakin mereka sudah selesai berbual.
“Walaikumussalam.” Jawab mereka serentak.
“Maaf menganggu. Boleh saya tanya sesuatu?”
“Mestilah boleh. Kenapa?”
“Kat mana blok A 1.6?”
Mereka memandang sesama sendiri. Alamak aku dah salah tanya
orang ke?
“Oh kenapa tanya kelas tu?”
“Saya ada kelas kat situ pagi ni. Lupa nak perkenalkan, saya
Nurin Tihani, panggil Hani je. Saya transfer student….”
Belum aku habis bercakap salah seorang dari mereka menyampuk
“Dari University Of London right?”
“Ya betul.”
“Mari kitaorang tunjukkan. Sekelas lah kita ya. Aku Anisa
Solehah, just call me Anis.” Dia menghulurkan salam perkenalan. Gadisnya ini
comel. Hidung, mata dan mulutnya terletak elok.
“Aku Farah Nylia, panggil Farah saja dan ni Azzah.”
Kami bergerak seiringan kekelas. Untungnya aku berjumpa
dengan mereka yang baik-baik belaka ni. Insha Allah mereka akan menjadi teman
baikku. Persepsi pertama ku naik mendadak.
Didalam pejabat pengarah Fakulti Muzik, lima orang pensyarah
membincangkan tentang ulang tahun UITM yang akan berlangsung enam bulan lagi.
“Kerana ianya sebuah majlis yang penting jadi saya mahu kamu
semua merancang majlis ini dengan teliti. Saya tak mahukan sebarang kesilapan.”
Setelah 2 dua jam setengah bermesyuarat mereka akhirnya
sepakat membahagikan tugas masing-masing. Masing-masing meletakkan harapan yang
tinggi.
Hampir pukul 3 petang baru kelasku tamat. Badanku penat,
mataku penat, mulutku juga penat kerana dari tadi asyik menguap.
“Hani kitaorang nak pergi lepak kat kafe Antartika. Kau nak
join tak?”
“Lama tak?”
“Tak lama lah. Nanti sebelum maghrib kita balik lah.”
“Boleh jugak.” Aku menjawab setelah memikirkan bahawa aku
bakal mati kebosanan dirumah kerana Mak Minah dan Pak Amad pulang kekampung
menziarahi ahli keluarga mereka yang meninggal dunia malam tadi.
Aku mengikut belakang kereta Farah sehingga sampai ke kafe
Antartika. Ramainya orang kat kafe ni.
Macam pesta pulak. Kedai Starbucks di London pun tidak sepadat ini.
“Kenapa ramai sangat orang? Diaorang ada bagi makanan
percuma ke hari ni?” tanyaku sambil melihat sekeliling. Memang ramai terutama
sekali perempuan.
“Hahahaha. Mana da lah. Hari ni ada persembahan dari Duta
Band.”
“Duta Band? Siapa tu?”
“Tu, tu cuba kau tengok kat pentas.”
Aku melihat kepentas tapi pandanganku samar-samar. Yang aku
dengar hanya jeritan yang nyaring dari gadis-gadis ini. Hebat juga penangan
Duta Band ni. Hampir gila gadis-gadis di Malaysia ni.
Dia mula menyanyi. Suaranya merdu dan aku terpaku. Aku masih
melihat kepentas dan apabila lampu besar ditutup dan lampu disorotkan kearah
kumpulan itu, sekali lagi aku terpaku melihat vokalisnya.
“Lelaki halimunan tu..” aku terus terkejut.
Sedap plus lazat suara dia. Terpaku aku dan tiba-tiba aku
terfikirkan sesuatu tentang perkara yang Anis bincangkan padaku dalam kereta
tadi. Melihat keglamoran kumpulan ini mungkin lelaki ini boleh membantu kami.
No comments:
Post a Comment