Saturday, 24 November 2012

J.K 1


Bab 1

Nama aku Amira. Nama panjang Amira binti Samsuddin. Panjang la sangatkan. Seorang gadis bendang yang berumur 18 tahun. Semua kawan-kawan aku dah masuk universiti. Ada yang ke IPTA dan ada juga yang ke IPTS. Aku? Aku masih disini. Membantu ayah apa yang patut. Aku ada memohon untuk menyambung pelajaran diluar Negara dalam bidang rekabentuk dalaman tapi mungkin rezaki aku belum tiba. Aku redha.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang cukup harmoni. Aku mempunyai seorang ayah En Samsuddin, seorang ibu Pn Rahmah, seorang kakak Pn Ayuni, seorang abang En Ammar dan seorang adik bernama Adam. Nama kami adik beradik ringkas sahaja. Pernah dulu aku ajukan soalan kenapa nama teman-temanku panjang tapi namaku hanya sepatah perkataan. Kata mak senang nak uruskan, nama panjang-panjang nanti semua degil macam lembu. Ada ke patut emak samakan kami adik beradik dengan lembu. Memang tidak patut.

Kita ke rangkap seterusnya. Cinta? Ada apa dengan cinta, berbeza amat aku dan engkau. Hahahaa. Aku tak pernah mencintai sesiapa tapi dicintai selalu. Tak kira dek tangan rasanya. Guna kaki tak pernah lagi. Al maklum lah aku kan famous amos. AstafirAllah al azim, riak-riak.Pernah aku digelar mencintai kaum sejenis. Sudah memang hati ini masih tidak berminat pada cintan cintun ini nak buat macam mana kan. Kata ayah, sebelum nak mencintai orang lain kita kena sayang diri kita dulu. Baru betul dan insha Allah takkan berlaku soal diperkosa dan memperkosa seperti yang kerap berlaku sekarang.
             
“Ayah nak balik dah. Kamu nak tunggu disini ke?” sapa Ayahku dari jauh.

“Nak duduk sini buat apa Yah. Mira tunggu ayahlah ni. Jom balik.” Jawabku

“Apa yang kamu menungkan tadi?” soal Ayah.

“Mana ada Mira termenung. Termenung tu kan membazir Yah. Banyak lagi perkara yang berfaedah kita boleh buat.”

“Iyalah kamu tu. Bercakap pandai tapi buat tak langsung. Bila kamu nak mula belajar semula ni?”

“Belum ada rezeki lagi la. Nanti bila ada rezeki,  Ida pergilah. Jangan nanti ayah terindu-rindu dengan Ida sudahlah.”

Ayah hanya mampu menggeleng sambil tersenyum. Umurku nama sahaja sudah 18 tahun tapi perangai kalah budak 12 tahun. Ini tidak adil-tidak adil bagiku. Dalam perjalanan pulang kami singgah kepasar. Ayah beli ikan, ayam, udang dan banyak lagi. Nak buat apa banyak-banyak begini. Nak kata ada kenduri tak mungkin.

“Assalamualaikum pak cik.” Tegur seseorang.

“Walaikumussalam. Eh kamu Azri. Balik cuti ke?”

Oh abang Azri rupanya. Abang Azri ni anak ketua kampung merangkap abang angkatku. Ketika disekolah dulu dia selalu membantukan dalam pelajaran.

“Iya pakcik. Cuti seminggu ni. Mira apa khabar? Lama kita tak jumpa kan.”

“Abang Azri mana ingat kat Mira lagi. Hehehee"

“Apa pulak tak ingat. Kalau Abang tak ingat, abang tak tegur tadi tau.”

“Kamu jangan melayan sangat budak tak betul ni Azri. Dia memang ada saja idea nak mengacau orang.”

“Tak apalah pak cik. Saya dah biasa pun. Saya minta diri dulu. Nanti petang sikit abang datang rumah. Kita pergi bendang nak?”

“Okey set. Kalau tipu dah tak nak kawan dah.”

Sesampai sahaja dirumah benar tekaanku. Ada orang nak datang bertandang. Kata ayah kawan lamanya ketika di kampung dulu tapi aku memang langsung tak mengenali dirinya. Entah siapa entah.

Aku membantu mak didapur menyiapkan makanan. Ayah dan Am pula membersihkan rumah. Ini namanya bukan menyambut tetamu tapi menyambut menantu. Ayah dan mak begitu teruja menyiapkan segala kelengkapan. Bilik tidur juga disediakan. Mungkin lama sangat tidak berjumpa dan banyak yang hendak diceritakan.

“Rindu benar saya pada Syukri. Kegembiraan saya hari ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata Mah.”

Sampai begitu sekali ayah gembira. Jarang aku melihat ayah segembira itu. Teruja pula aku dan Am untuk melihat pak cik Syukri dan keluarganya. Along dan angah juga pulang. Sepatutnya mereka akan pulang minggu depan tetapi di cepatkan minggu ini. Kesimpulannya orang ini betul-betul penting.

“Kalau dah orang penting nak datang rumah pasti aku tidak dibenarkan keluar, jadi macam mana date aku dengan abang azri. Huaa. Tak nak cancel.” Monolog aku dalam hati. Kalau aku cakap dengan mak dan ayah pasti mereka akan cop aku gatal. 

No comments:

Post a Comment