Thursday, 22 November 2012

A.C.E.H 5


Bab 5

Kenapalah aku dikurniakan dengan segala yang aku ada sekarang. Genetic yang aku dapat dari daddy yang berbangsa perancis menyebabkan aku sering dikeremuni oleh perempuan-perempuan ni. Kadang-kadang rimas yang aku rasakan. Setiap lagkahku diperhati, setiap gerak geriku diekori. Rimas tau tak, R-I-M-A-S. perempuan yang aku nak ta dapat-dapat, yang aku tak nak yang terhegeh-hegeh kat aku.

Putri Marlissa Saila. Nama yang sering terpahat dalam ingatan dan hatiku. Aku mula jatuh cinta padanya pada hari orentasi. Putri menjadi fasilalitator kumpulanku. Sikapnya yang lebut dan ramah menarik perhatianku walaupun aku sedar dia lebih berusia. Tapi usia bukan penghalang. Dengan Putri makin aku dekat, dia makin jauh.

“Qalis!!”

“Yo dude. Pagi-pagi kau dah cari aku. Apahal?”

“A…ak…aku ada terima tawaran yang budak business bagitau kau semalam.”

“So?”

“Jawapan kau?”

“No. Aku kan dah bagitau minah tu semalam.”

“Tapi a…ak…aku dah terima bayaran”

“Bayaran? Gila minah tu. Apa masalahnya. Kau pulangkan je balik. Kan senang.”

“Tapi aku dah guna duit tu.”

“What? Kau ni gila la Taufiq. Rosakkan mood aku pepagi ni.”

“Ala aku lapar sangat semalam. Tu macam-macam aku beli. Aku siap beli playstation. Nanti kau gerak 
rumah aku, kita main sama-sama.”

“Bendullah. When?”

“When? Maknanya kau terima lah?”

“Yalah. Apalah nasib aku dapat kawan bendul macam kau.”

“Sabtu ni dekat fakulti dorang.”

“Okay.”

Anis menerima khidmat pesanan ringkas dari Taufiq yang membawa berita gembira bahawa Duta Band akan membuat persembahan masa malam amal itu. Alhamdulillah. Doa kami panjatkan. Dia tidaklah sekeras mana. Masih mahu berlembut hati.

Aku melangkah kaki ke perpustakaan. Banyak yang harus aku pelajari. Walaupun system pengajaran sama tapi sedikit sebanyak aku ingin mencari ilmu lebih untuk diriku. Ramainya sampai tak ada tempat. 

Nampaknya aku perlu meminjam buku sahaja. Tiba-tiba ada sebuah kerusi kosong di tengah-tengah 
perpustakaan itu. Aku terus sahaja duduk disitu setelah selesai aku mencari buku.

Sedang sibuk aku menyalin nota, datang seorang perempuan menghampiri mejaku dengan sebakul coklat . dia menulis surat dan meletakkan bakul dan surat itu ditengah-tengah antara aku dan seorang lelaki yang sedang tidur dihadapanku ini.

Tiba-tiba dia tersedar dan aku cuba mengecam lelaki ini dan ternyata dia Raja Imran Qalis. Alamak bala-bala.

“What is this?” tanyanya keepada perempuan itu.

“Please eat this and work hard.” Jawab perempuan itu malu-malu.

Qalis mengeluh sambil membebel “I don’t need this. I just wanted to sleep peacefully.”

“Sorry Qalis kalau I ganggu you. Tidurlah.” Katanya dan terus berlalu.

Aku berpura-pura menunduk dan menulis dengan khusyuk. Harap-harap dia tak perasan aku siapa.

“Eh you. Minah KLCC yang psycho tu kan?”tanyanya

Aku angkat muka dan menjawab dengan berani dan geram  “Mulut tu tak ada insurans ke?”  
Dia angkat punggung dan berlalu.

“Excuse me.” Panggilku.

Dia berhenti dan berpaling.

“Anything else Klcc?”

“Ni coklat, taknak ke?” tanyaku sambil mengangkat bakul coklat itu.

“Kalau nak ambik jela.” Jawabnya angkuh.

“Bukan, maksud saya….” Belum aku habis bercakap dia dah pergi. Memang halimunan. Geramnya.

Aku mengangkat buku dan bakul coklat itu dengan pantas untuk mengejarnya. Memang tak ada budi bahasa. Tak reti nak hargai pemberian orang ke?

No comments:

Post a Comment