Sunday, 25 November 2012

A.C.E.H 8


Kaki ku ayun perlahan apabila melihat ahli keluarga Prof Maryati sedang meraung menangis. Apakah aku terlambat? Segala-gala bermain dibenakku.

“Dia dah pergi nak.” Bisik seseorang kepadaku.

Ya Allah, aku terlambat. Prof Maryati dah kembali ke penciptaNya. Inalillah. Aku menyerahkan sampul yang berisi wang itu kepada suaminya. Aku ingin pulang dan memeluk atuk. Aku ingin menangis dibahunya.

Aku janji pada diriku yang lelaki bernama Raja Imran Qalis itu memang layak dibenci. dirinya hanya mementingkan diri sendiri. tidak pernah memikirkan perasaan dan jiwa orang lain.

Beberapa hari kemudian Qalis datang ke kolej. Orang pertama yang dicarinya adalah Taufiq. Di ingin menanyakan sesuatu mengenai majlis amal itu. Kerana Dini, dia telah terlupa mengenai persembahannya di majlis amal itu.

“Taufiq!!” panggil Qalis kuat apabila dia melihat rakannya itu tidur.

“Wei dude. Mana kau pergi? Asal kau tak jawab phone call aku dan tak datang kelas? Majlis tu musnah. Semua orang minta balik duit dorang.”

“Bagitau dorang kita akan pulangkan duit dorang. Ni amik sampul ni, bagi kat minah Klcc tu.”

“Minah Klcc?”

“Hani kot nama dia. Kalau tak silap.”

“Oh. Kau bagilah. Aku tak nak. Yang salah kau. Kitaorang datang je. Hani marah gila.”

Qalis mengeluh. Ada kawan pun tak boleh harap. Kata buaya tembaga tapi kena marah sikit dah takut.

“Budak business kan?”

Taufiq hanya mengangguk.

“Anyway, they’re all furious, so be careful. Especially Nurin Tihani.” Kata Taufiq cuba menakutkan Qalis.

Langkahnya diatur ke fakulti pengurusan perniagaan. Dia melihat sekeliling dan bertanyakan orang tentang gadis itu. Gadis itu ada didalam sesuah bilik. Dia sedang membaca sesuatu.

Qalis merempuh masuk dan Hani terkejut dengan tindakannya. Kepalanya diangkat dan dia melihat mamat halimunan itu dihadapannya. Dia seolah-olah ingin menelan lelaki dihadapnnya itu hidup-hidup.

Qalis melarikan matanya ketempat lain apabila gerun melihat gadis itu. Nampak benar marahnya.

“Awak nak apa?” tanyanya kasar.

Qalis menunjukkan sampul ditangannya.

“Saya datng nak pulangkan duit.” Jawab Qalis dan melemparkan sampul itu didepan Hani yang sedang duduk.

“Saya tak perlukan duit awak ni. Ambil balik.”
Qalis mula berang. Gadis ini selalu menguji kesabarannya. Di mula geram.

“Apa masalah kau ni?”

“Kau ingat kau bagus sangat ke? Disebabkan kau diterima, ada popularity, kau ingat kau bagus sangat? Berhentilah menunjuk Raja Imran Qalis.”

Dia mengambil sampul itu dan melempar ke muka lelaki dihadapannya kini. Hatinya benar-benar terguris, jiwanya benar-benar kacau.

Qalis tunduk mengambil wang tersebut dan menghampiri gadis berkenaan.

“Saya faham apa yang awak rasa, tapi baik awak ambik duit ni untuk perubatan Prof awak tu.” Qalis cuba berlembut. Kata mama, api jangan disimbah dengan minyak. Makin merebak.

Tihani memandang lelaki itu dengan amarah dan berkata “Apa?”
Gadis itu tiba-tiba tergelak dan membuat Qalis gerun. Gila ke perempuan ni?

“Saya betul-betul tak faham kenapa perempuan-perempuan kat luar sana terhegeh-hegeh nakkan awak. 
Awak ni tak berguna, tak ada perasaan. Apa yang bagus sangat tentang awak? Huh!”

Tihani cuba menarik nafas panjang sebelum menyambung kata.

“Anggaplah saya yang salah. Pergi dan jangan pernah tunjuk muka awak depan saya lagi!” marah Hani dan cuba melempar sampul itu sekali lagi.

Tapi tangannya disambut keras oleh Qalis.

“Nak saya tunjukkan apa yang bagus tentang saya? Lelaki yang tak berguna dan tak ada perasaan ni dan kenapa perempuan-perempuan kat luar sana terhegeh-hegeh nakkan saya?”

Tangannya di rentap.

“Don’t kid around. Who says I want to know?”

“I’ve heard it too. Your performance. Do you want to bet?” tanyanya.

“Fine, let’s do that. What are we betting?”

“What if you lose?” tanyanya angkuh.

“If I lose?”

“You’ll be my slave until a semester break.”

“Okay. Let’s do that. 1 month, 3 month, however long you want.”

Qalis melangkah keluar dengan laju. Anis yang berada diluar bilik tersebut terkejut. Apa yang dorang nak buat ni.

Beberapa minit kemudian di studio muzik.

 Qalis memetik gitarnya kasar. Rakan-rakannya hanya mampu melihat kerana takut hendak menegur. Khalid dan Dazrin menyuruh Taufiq bertanyakan masalah Qalis.

“Qalis!!”

“Hmmm”

“Kau ada masalah ke? Kau nampak stress sangat hari ni.” Tanya Taufiq takut-takut.

“The competition is in 3 days.”

“Competition? What competition?” tanya Taufiq bodoh.

“The competition against the Klcc girl.”

“Hani?”

“Why the sudden competition?”

“I’ve been challenged.”

Ahli kumpulan Duta Band yang lain memandang pelik kepada Qalis.

“Apa?”

“Betul ke kau nak compete?”

“Aku dah cakap kan? Apsal tanya lagi?”

“Macam mana kau kena provoked dengan Hani sampai kau boleh setuju ni?” tanya Dazrin sambil memerli.

1 comment:

  1. ingat kan cerita halimunan betul .. rupanya macam cerita heartstring korean drama tu ..

    ReplyDelete