Kini aku di Malaysia, tempat lahir dan tumpah darah diriku.
Aduhai puitis bagai. Enam tahun yang lalu hati ini berat untuk meninggalkan
Malaysia tetapi kerana seorang lelaki, aku lumpuh dan membawa diri beribu batu
sehingga sanggup menyendiri di negara orang. Aku kini bukan lagi gadis kampung
yang hanya berkerja dibendang dari pagi hingga petang, aku kini merupakan
graduan reka bentuk dalaman dari sebuah universiti ternama di luar negara.
Andai takdir aku dapat jumpa lelaki yang telah memijak
maruah aku dan keluarga aku satu hari nanti akan aku kibarkan segulung ijazah
itu dihadapan mukanya. Akan aku buktikan bahawa aku juga mampu menjadi seperti
dia yang selalu dimegahkan itu. Biar dia rasa betapa sakitnya hati ini atas
segala penghinaan itu.
“Kak chik?”. Pekikan itu telah meleyapkan segala ingatan aku
pada lelaki itu.
“Eh Am, masuk bilik orang tak reti nak bagi salam atau ketuk
pintu ke?Main sergah je. Ingat nie tandas awam ke? ” mulut aku sudah mula
memarahinya untuk menutup salahku.
“And bla bla bla. Dia yang berangan jauh tak pasal-pasal
kita yang kena. Cuba kak chik tengok tangan Am ni. Naik bengkak dah ketuk pintu
dari tadi”
Aku melihat tangan Am dengan teliti dan jelas tangannya
merah. Aku angkat muka dan tersengih “Maaf sayang.”
“Tak ada sayang-sayang nya. Tu ada orang datang kat depan.”
Siapa yang datang ya. Hati ini tertanya-tanya mengapa mereka
datang ketika aku baru nak berrehat-rehat sambil menikmati tiupan angin
Malaysia. Aku terus mencapai tudung dan menyarungkan di kepala. Kakiku aku
perlahankan saat aku dapat mengecam bunyi suara dan hilai tawa itu.
“Itu dia anak dara seorang ni. Lama betul bersiap.” Kata
ibuku.
Aku teruskan langkah kehadapan dengan perlahan. Aku menyalam
tangan orang tua itu, tangan bekas bakal ibu mentuaku. Nampak makin muda pula
dia ni.
“Mama rindu betul dengan Mira”. Tubuhku didakap erat.
“Mira pun rindu dekat mak cik”. Rindu benar aku pada wanita
ini.
Wajah itu berubah. Walaupun aku tahu kenpa wajahnya berubah
aku tetap harus menyedarkannya. Perkahwinan itu tidak berlangsung dan tiadak
akan pernah berlangsung. Kemudian aku bergerak menyalam tangan Dato’ Syukri ,
Syahirah, dan si kembar Shahrul dan Shahril. Lelaki itu tiada. Untungnya diriku
hari ini. Terima kasih Ya Allah.
“Assalamualaikum”. Suara itu menyampuk ketika Datin Rugayah
sibuk menanyakan tentang kehidupanku di luar Negara dulu.
Oh tidakkk. Aku rasa nak pitam. Itu bukan dia, tolong la itu
bukan dia. Aku memang nak jumpa dia tapi bukan sekarang. Aku masih belum bersedia.
Awak datanglah esok-esok atau kalau boleh raya tahun depan saja.
Aku mendongak. Mata kami bersatu, lidahku kelu, dan tubuhku
menggigil. Firdaus Azman Dato’ Syukri. Lelaki pertama yang aku cintai dan
sehingga hari ini tiada yang dapat menggantikan tempatnya dihati. Dia yang ku
sayang, dia yang ku benci.
“How are you Amira?”pertanyaan darinya.
“Good. You?”
“Alhamdulilah. Kalau saya tak sihat, saya tak berada disini,
didepan awak.”
“Firdaus.” sampuk ibunya.
Aku menggaguk. Ya Encik Firdaus Azman, anda telah berjaya
memberi jawapan yang sangat menyakitkan hati.
“Nice shot dude”. Ambil kau. Kena setepek dengan aku.
Dia hanya mampu tersengih. Ingat aku Nur Amira yang dulu
ke?Yang mampu kau pijak dengan sesuka hati kau je. Aku takkan menyerah apatah
lagi jatuh ketangan orang macam kau. Kenangan pahit yang kau dan berikan telah
aku semat dalam hati sedalam-dalamnya.
Aku hanya duduk termenung melihat kedua buah keluarga ini
bercerita itu dan ini. Si Am, Aril, Eirul dan Irah au tidak Nampak selepas
selesai makan tengah hari tadi. Kemanalah budak-budak ni pergi. Kebendang
mungkin. Si mamat belagak tu aku tak Nampak pulak. Eh apa pasal aku sibuk-sibuk
pasal dia. Buat habis beras saja.
“Daripada awak
berangan sorang-sorang, lebih baik awak temankan saya jalan-jalan ke kampung
awak ni. Bukan ke lebih baik?”
Sibuk bin sibuk je
mamat ni.
“Saya lebih rela duduk sorang-sorang kat sini dari teman
awak jalan keliling kampung. Nanti bingit telinga saya. Nyamuk la, panas lah
apa lah.”
“Ok fine.” Mukanya tegang.oh yeh oh yeh. Anda Berjaya Nur
Amira. Dia menuju ke arah ayahku. Membisik sesuatu.
“Mira teman Daus pergi round-round kampung kejap.
Budak-budak ni tak ada. Kesian dia nak.”
Kurang ajar. Dia report dengan ayah aku. Memang nak kena
Firdaus Azman ni. Aku bawak kau pergi tangkap belut baru kau tahu langit ni
rendah ke tinggi. Jangan cuba menguji kesabaran aku.
“Banyak sangat makan sardine ke masa dekat Aussi dulu?”
“Ah?” apa dia tanya aku makan sardine. Agak-agaklah kalau
nak buka cerita pun.
“Tak adalah. Sebab dari tadi saya tengok muka awak macam
ikan-ikan sardine tersepit dalam tin tu .” dia membalas sambil senyum meleret
panjang.
“Sedapnya bahasa. Dulu saya memberi senyuman tiada yang sudi
membalas. Jadi sekarang perlu ke saya memberi? ”
“Perlulah sebab sekarang saya sudi membalas.”
Aku memandangnya pelik dan membalas “What ever”
Aku duduk diatas buaian dihalaman. Mereka telah pulang
selepas maghrib tadi. Aku duduk merenung nasib diriku. Beberapa jam yang lalu,
aku telah berjumpa dengan lelaki yang pertama aku cintai dan beberapa minit
yang lepas emak telah memberitahuku tentang lelaki terakhir yang perlu aku
cintai.
Aku melihat cincin yang tersarung di jari manisku saat ini.
Cincin pertunangan diriku dengan lelaki yang tidak aku kenali. Kata mak dan
ayah aku telah ditunangkan setahun yang lalu. Kerana permintaan dari tunangku
pertunangan ini di sembunyikan dengan alasan katanya dia tidak mahu membebankan
aku yang berada ditahun akhir ketika itu.
Yang aku pelik bin musykil kenapa mak dan ayah menerima
lamaran meraka. Kini aku masih mempunyai masa tiga bulan sebelum pernikahan ini
berlangsung dan semua sudah tersedia cuma hantaran buat bakal suamiku masih
belum dibeli . Kenapa dia tak beli sekali je kan? Katanya juga dia tidak akan
bertemu aku sepanjang 3 bulan ini dan akan bertemu buat pertama kali ketika akad nikah nanti
dan dia mahu aku memilih hantaran
mengikut kata hati. Apa sahaja yang menjadi kesukaanku adalah kesukaannya juga.
Lemah lutut mendengarkan. Pasti bakal suamiku romantik plus baik plus romantik
plus sempurna. Uhuk uhuk.
Saat aku memikir dan mencari barang-barang hantaran buat
bakal suamiku telefonku berbunyi menandakan mesej masuk.
‘Assalamualaikum bakal isteriku’
Wah encik suami mesej lah. Teruja nya.
‘Walaikumussalam tunanganku’ balasku
‘Buat apa?’
‘Sedang fikir dan cari hantaran untuk awak’
‘Amboi awalnya. Bukan awak baru tahu tadi ke?’
‘Awal apanya. Saya yang paling lambat adalah. Siapa
awak?kita pernah kenal ke?’
‘Hehee. Marahnya dia. Maaf saya tak mampu. Kita jumpa masa
hari pernikahan nanti ya sayang. Cinta saya pada awak tiada tolak bandingnya
yang menyebabkan saya bertindak begini.’
‘Saya takut saya tak mampu jadi isteri yang terbaik untuk
awak. Kita hentikan semua ni sebelum terlambat.’
‘You are mine and always mine. Saya dah jual hati saya pada
awak dengan harga paling murah. Takkan masih tak mahu beli.’
Begini lah rutin harianku. Bermesej dengan bakal suamiku.
Hanya mesej, tiada perbualan di telefon
atau bersua muka. Tapi cinta itu makin berputik. Makin hari aku jatuh
cinta pada dirinya dan dapat melupakan cinta pertamaku. Malahan aku
bersendirian membeli barang-barang hantaran. Aku membeli sehelai baju, sejadah,
perfume yang bau kegemaranku dan sebuah kamera. Mengapa kamera? Aku juga tidak
mengerti. Hati ini kuat mengatakan dia minat pada seni fotografi.
Kini aku didalam perjalanan ke masjid untuk pernikahan
diriku dan dirinya. Masa berlalu begitu pantas. Beberapa minit lagi aku bakal
dinikahkan dan bakal menjadi isteri kepada seorang lelaki yang masih belum aku
kenali.
“Aku terima nikahnya Amira binti Samsuddin dengan mas
kahwinnya 5000 ringgit tunai”.
Sah, sah dan alhamdulilah kini aku menjadi miliknya. Milik
lelaki itu. Siapa dia?
Aku menunduk saat tangannya menyarung cincin perkahwinan
kami. Tetapi haruman wangian ini seperti biasa ku hidu. Aku mendongak dan
ternyata dia dihadapanku, Firdaus Azman Dato’ Syukri. Air mataku menitis saat
dahiku dikucup. Kehangatan kucupan itu dapat kurasai.
“I’m promise this is the last time you cry because of me
Amira”. Ayat itu meluncur laju dari mulutnya sambil tangannya menyapu air mata
yang menitis dipipiku.
“I am not perfect but limited edition Firdaus Azman.”
“I know. That’s why I love you so much dear. Thank you for
giving me a second chance.”
Ya Allah andai aku ditetapkan untuk mengisi tulang rusuk
kirinya yang hilang itu, aku redha padaMu. Sesungguhnya engkau adalah yang Maha
Mengetahui mana yang terbaik buat umatmu. Tetapkan cinta ini hanya untuk
dirinya dan tetapkan cintanya untuk diriku tanpa melupakan diri Mu.
PS : INGIN CERPEN PERTAMA SAYA. MAAF ANDAI TIDAK SEMPURNA. SAYA BUAT CERPEN NI UNTUK PERMULAAN DAN PERKENALAN NOVEL BERSIRI JODOH KAMI. COMMENT PLEASE :) THANK YOU GUYS
bez ctew niey.. :)
ReplyDeleteapple sweet : thank you dear..nntikan versi novel pula ye :)
ReplyDeleteNice.....
ReplyDeletehttp://stayreward.com/index.php?share=112180
Hanya dengan download aplikasi di HP android, sobat bisa mendapat uang tambahan.
ReplyDeleteCaranya, install aplikasi WHAFF di google play store atau di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.whaff.whaff
Setelah diinstall, buka aplikasinya. Login dengan akun Facebook sobat. Masukkan PIN = AP61027 agar sobat bisa langsung mendapatkan dollar $0.30. Jangan sampai tidak dimasukkan PINnya, karena sayang $0.30 sobat akan hilang.
Uang bisa dicairkan ke rekening Paypal sobat lalu ke rekening bank sobat masing2.
Semoga Bermanfaat...
Nice,,truskan berkarya yer!!:3
ReplyDeleteRushing sgt cite ni...bru feeling sweet...dh hbis..
ReplyDeleteRushing sgt cite ni...bru feeling sweet...dh hbis..
ReplyDeleteSalam. Cerpennya sungguh menaraik walaupun terlalu pendek. Tahniah buat penulis. Salam
ReplyDeletebagus banget sukses selalu yah...
ReplyDeletedi tunggu postingan selanjutnya,,
izin share yah gan
kunjungi website situs agen poker terpercaya
http:www.aladincash7.com
hai gan ayo gabung bersama kami di situs terbaik kami hanya
ReplyDeletedomino qiu qiu online Dan kalian bakalan menangkan banyak hadiah menarik
ayok segera bergabung ya gan.